CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15063|Reply: 1

Hannah Delisha Berehat Sepanjang Ramadan, Nak Kejar Pahala - “Bukan setiap tahun kita dapat peluang"

[Copy link]
Post time 13-2-2026 10:03 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Hannah Delisha memilih untuk berehat dari sebarang aktiviti penggamaran sempena Ramadan kali ini.

Memetik mStar Online, Hannah berkata dia mahu memberi fokus melakukan ibadah pada Ramadan kali ini kerana sebelum ini sudah beberapa tahun sibuk dengan penggambaran.

“Tahun ini memang letak sasaran untuk tidak terbbait dengan sebarang penggambaran drama sepanjang Ramadan.

“Keputusan itu dibuat kerana saya rasakan sudah dua atau tiga tahun berturut-turut menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan, ia sangat memenatkan.

“Bukan setiap tahun kita dapat peluang untuk benar-benar merasai bulan ini dengan tenang. InsyaAllah selepas raya nanti saya akan kembali berlakon,” katanya.

Bagaimanapun, Hannah berkata dia masih lagi bekerja dengan melakukan kempen-kempen Ramadan namun berbeza sebelum ini yang hanya di set penggambaran sahaja.

“Jika penggambaran, setiap hari hanya di set, dari pagi sampai malam. Keadaan itu membuatkan saya rasa hilang nikmat Ramadan sebenar,” katanya

Dalam pada itu, Hannah berkata dia teruja dapat menyambut Ramadan sepenuhnya bersama suami, Iman Shah.

“Tahun ini dapat puasa dengan suami. Bila saya sibuk dengan penggambaran susah nak berjumpa suami. Saya keluar pagi, balik malam. Bila balik suami dah tidur,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 10:10 AM | Show all posts
Baguslah, rehat kejap dari shooting kejar pahala dulu. Ramadan datang setahun sekali je.
Respect je dengan keputusan ni. Fokus ibadah dulu, kerja boleh sambung lepas raya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.958934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list