|
View: 20131|Reply: 10
|
Warga asing salah guna pas lawatan sosial buka chalet di Sabah - Saifuddin Nasution
[Copy link]
|
|
|
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, segelintir warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS) dikesan mengusahakan chalet di pulau-pulau sekitar Semporna serta kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
Jelasnya, warga asing terbabit menggunakan rakan kongsi tempatan untuk membuka perniagaan sebelum mereka sendiri mengusahakannya.
"Hasil operasi bersama ESSCOM mendapati terdapat hingga 81 unit chalet diusahakan oleh warga asing. Ini sudah tentu menjejaskan usahawan tempatan yang mematuhi undang-undang.
"Warga asing berkenaan mungkin bertindak sebagai pemodal, namun mereka tetap tertakluk kepada keperluan memohon pas yang sah untuk menjalankan perniagaan.
"Jika masuk sebagai pelancong tetapi berniaga, itu menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil," ujar Saifuddin dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN, di sini, pada Khamis.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) turut diminta lebih peka terhadap pembangunan di kawasan masing-masing bagi mengesan sebarang eksploitasi oleh warga asing menyalahgunakan PLS.
Pihak KDN akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kemungkinan penglibatan ejen pelancongan bagi mencari punca dan pelaku sebenar.
Selain sektor pelancongan, KDN turut mengenal pasti penglibatan warga asing dalam sektor hiasan dalaman, restoran, serta industri perabot.
Seramai 54,791 warga asing telah diambil tindakan penguatkuasaan dari tahun 2025 hingga pertengahan Januari tahun ini kerana menyalahgunakan PLS bagi tujuan bekerja di Malaysia.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Hasil operasi bersama ESSCOM mendapati terdapat hingga 81 unit chalet diusahakan oleh warga asing. Ini sudah tentu menjejaskan usahawan tempatan yang mematuhi undang-undang.
Orang sini mampu buka homestay saja itupun tunggu raya baru orang sewa. Maklumlah pelanggan very terhad. Mana ada asing worangs nak sewa homestay tu. Baik depa sewa Hotel budget geng sendiri. Macam biasa kita misti boikot la. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan takat buka chalet..pas lawatan sosial ni juga depa guna tuk 'buka kangkang'(aktiviti persundalan). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita sini suda pinat kirja misti mau healing-healing, happy-happy me time la kaka. Barula hidup gembira.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ke gila buka chalet pun tak dapat detect sedangkan buka khemah tepi pantai pun akan ada penguatkuasa datang kalau lama2... semua korup |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kawan Sabah aku semasa Umrah cerita. Yang usahakan tu Cina China JV dengan Cina Sabah di Semporna. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang paling senang pun gomen tidak mampu mengambil tindakan iaitu pekerja asing berkahwin bersama pekerja asing di Malaysia. Anak yang dilahirkan akan ditinggalkan di Malaysia bila pasangan suami isteri balik ke negara masing masing. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke uols? Sbb dorg nak anak dorg dpt better life ke klu ditinggalkan hidup di malaysia?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bersepah dh kat sabah
kalau pg centre point tu pun rasa mcm kat pelipin dh
bebudak pulak bersepah area town |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pendatang tolong sesama pendatang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|