CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20030|Reply: 0

Jepun Rampas Bot Nelayan China, Tahan Kapten

[Copy link]
Post time 13-2-2026 12:15 PM | Show all posts |Read mode



Kapten bot berkenaan ialah warganegara China berusia 47 tahun. Seramai 11 orang berada di atas bot itu termasuk kapten.
Agensi berkenaan menjalankan pemeriksaan atas kapal dan operasi lain di perairan sekitar Jepun.
Ia memaklumkan bahawa tahun lalu pihaknya merampas dua bot nelayan asing, masing-masing dari Taiwan dan Korea Selatan, menurut laporan Kyodo News.
China mempunyai beberapa pertikaian wilayah dengan Jepun dan berlaku beberapa pertembungan di sekitar Kepulauan Senkaku, yang dikenali sebagai Diaoyu di China.
Namun, kenyataan Takaichi mengenai Taiwan menyebabkan kemerosotan lebih ketara dalam hubungan dua hala.
Takaichi, 64, dikenali sebagai tokoh yang tegas terhadap China sebelum menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun pada Oktober.
Beliau mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya untuk empat tahun akan datang bagi membentuk dasar dalam dan luar negara Jepun.
Isnin lalu, Takaichi berkata, beliau terbuka kepada pelbagai bentuk dialog dengan China."
Bagaimanapun, Kementerian Luar China menegaskan bahawa dialog sebenar mesti dibina atas dasar saling menghormati.
"Melafazkan dialog di bibir sambil melakukan konfrontasi, tiada siapa akan menerima dialog seperti ini," kata jurucakap kementerian, Lin Jian, pada sidang media Selasa lalu.
"Jika Jepun benar-benar mahu membangunkan hubungan strategik dan saling menguntungkan dengan China, caranya jelas dan mudah: tarik balik kenyataan salah Takaichi mengenai Taiwan," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.373102 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list