CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14949|Reply: 16

[Tempatan] Pembangkang bergolak teruk, apa yang telah berlaku?

[Copy link]
Post time 14-2-2026 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Tumpang-Sibok at 14-2-2026 09:32 PM

KUALA LUMPUR: Seramai 17 pemimpin BERSATU dipecat keahlian mereka oleh Lembaga Disiplin parti itu, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menerusi satu notis bertajuk 'Makluman Keputusan Lembaga Disiplin Terhadap Laporan Pelanggaran Perlembagaan' yang bertarikh hari ini.

Notis itu memaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah menerima aduan bertulis daripada ahli BERSATU terhadap responden terbabit berhubung pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan ahli parti.

"Sehubungan itu, Lembaga Disiplin telah melaksanakan tugas-tugasnya bawah Tatacara Pengurusan Kes Disiplin BERSATU pada 12 Februari 2026 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU.

"Mana-mana ahli BERSATU yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman, berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini," menurut notis itu.

Senarai penuh yang dikongsikan Lembaga Disiplin parti itu membabitkan pemecatan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut, selain tiga lagi Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Tiga Ahli Parlimen lain yang turut dipecat daripada BERSATU itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Seterusnya, sembilan Ketua Bahagian BERSATU turut dipecat, setakat ini.

Mereka ialah Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ramlan Meon (Tangga Batu), serta Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah).

Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar, dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.

Tiga Ahli Parlimen lain yang turut dipecat daripada BERSATU itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Seterusnya, sembilan Ketua Bahagian BERSATU turut dipecat, setakat ini.

Mereka ialah Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Teluk Intan), Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ramlan Meon (Tangga Batu), serta Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah).

Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah, Nabila Norsahar, dan Ketua Penerangan BERSATU Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.

https://www.bharian.com.my/berit ... cat#google_vignette

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 9 Users voted

Count down: 998 Days19 Hours40 min.

Your User group have no permission to vote
PN, PN, PN, PN, PN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2026 07:30 AM | Show all posts
Edited by Tumpang-Sibok at 14-2-2026 08:57 PM




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah rumah ke weh. Tuan tanah terketar² nak post
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
PRU kelak kena ada parti baru bertanding

Parti baru kelak wajib bergabung dengan PAS baru boleh bentuk kerajaan

Umno dan bersatu punya telur dah kena genggam erat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti Pas akan bergabung ngn umno plak pasnih
Sbb takat ni hanya dgn umno je pas belum berjaya comolot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat ramai kena pecat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2026 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 14-2-2026 12:13 PM
Awat ramai kena pecat?

nampak sgt ..ahli politik pembangkang ni gila kuasa..sepatutnya diaorg ni main peranan  jadi pembangkang terbaik utk rakyat kt parlimen...
adoiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 01:57 PM | Show all posts
Hari tu ada Iswardy kata diam-diam ada yang nak jadi PM. With this latest development,  aku nak tengok apa pulak jadi lepas ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 14-2-2026 01:01 PM
nampak sgt ..ahli politik pembangkang ni gila kuasa..sepatutnya diaorg ni main peranan  jadi pemba ...

Iols tatau sgt pasai politik ni.. dah tak amek kisah sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-2-2026 09:59 AM
PRU kelak kena ada parti baru bertanding

Parti baru kelak wajib bergabung dengan PAS baru boleh ben ...

Kenapa perlu ada parti baru then nk kena bergabung dgn PAS? Why not yg nk tubuh parti baru tu join jer PAS terus di tempat pertama, kan tu lebih simple.... Ke guaner Derkem?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:21 PM | Show all posts
Sebab itulah pemimpin tua 70 tahun ke atas ni patut berhenti aje. Tak cukup lagi ke berpuluh-puluh tahun pegang jawatan. Nampak dah nyanyuk pun ada. Even statement dari pmx baru-baru ni berkenaan azam baki pun bunyi janggal. Hadi awang tu lagilah sudah sesat masuk dalam alam haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 14-2-2026 02:09 PM
Kenapa perlu ada parti baru then nk kena bergabung dgn PAS? Why not yg nk tubuh parti baru tu join ...

PAS tak mampu tarik undi bukan melayu, melayu LGBT, melayuwoke, melayu majadiri (malu jadi diri sendiri), melayu self loathing freaks, melayu iq suhu bilik etc..

Jadi parti baru tu kelak kena bergerak solo masa PRU.. menang 50-60 seats.. bila nak bentuk kerajaan baru lah sertai PAS
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bodo je parti bersatu nih
Tgk fb rasmi dorang very the rempit
Siap ngaku abah pdf bagai pastu berebut password page fb tu
Lantak korang laa bercekau la sesama sendiri
Drpd pengkhianat kepada pengkhianat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 08:39 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu kita teguh
Bercerai kawin lain


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 10:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 10:15 PM | Show all posts
Nampaknya parti berdasarkan mutual understanding tak bertahan juga. Masing-masing tetaplah ada niat dihati nak jadi pm. Last-last pecah juga.
Lepas ini mari buka parti baru, parti jawa, parti banjor, parti bugis untuk next pru. Dan pemenang 70 kerusi diswept oleh pati alliance bangla-rohingga. Yeaaaayee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046458 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list