CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Malaysia mesti menang: Rashid

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD badminton negara yang memulakan misi menentang Russia dalam Kumpulan 1B Piala Sudirman di Qindao, China hari ini tiada pilihan lain selain memastikan kemenangan andai tidak mahu menempah laluan berliku ke suku akhir.\rTidak kira apa juga keputusan 5-0, 4-1 atau 3-2, tetapi kemenangan perlu dicari skuad diketuai jaguh perseorangan, Lee Chong Wei kerana kekalahan kepada lawan lemah itu mungkin menyaksikan mereka berkemas pulang awal.\r\n\n\n\n\r  Ini kerana lawan yang menanti dan perlu diatasi pada perlawanan terakhir kumpulan Rabu nanti adalah musuh tradisi, Indonesia yang menewaskan Russia 4-1 dalam perlawanan pembukaan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua jurulatih, Rashid Sidek mengakui hakikat itu dan mengingatkan pemain tidak terlalu yakin walaupun di atas kertas skuad negara harus tidak berdepan masalah mengatasi lawan itu.\r“Saya tidak kisah berapa keputusan di akhir saingan, tetapi apa yang penting adalah kemenangan,” katanya semalam. “Mungkin Russia dianggap lawan lemah, tetapi kita juga perlu berwaspada kerana lawan memiliki barisan wanita lebih mantap.\r“Apa lagi, mereka pasti berusaha untuk bangkit bagi menebus kekalahan kepada Indonesia, sekali gus menghidupkan kembali peluang mereka ke suku akhir,” katanya.\rSementara itu, pengurus pasukan, Chua Soon Hock menegaskan skuad negara tiada masa mencuba pemain sebaliknya akan menampilkan barisan terkuat untuk memastikan kemenangan berada dalam genggaman.\r\n\n\n\n\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list