CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Caterina akui hadapi banyak cabaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MUMBAI: Pelakon dan penari Caterina Lopez mengaku beliau menghadapi banyak cabaran sebagai ‘bintang asing’ sebelum mendapat peluang untuk menyertai industri perfileman di Bollywood.\rAdik sepupu kepada penyanyi sensasi Jennifer Lopez itu berkata, beliau terpaksa menjalani uji bakat dan belajar bahasa Hindi sekurang-kurangnya dua jam setiap hari sehingga fasih menuturkannya.\r\n\n\n\n\r“Saya mungkin mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Jennifer Lopez dan beliau seorang penyanyi terkenal di seluruh dunia, tetapi itu tidak bermakna saya diberi laluan mudah. Seperti pelakon baru lain di Hollywood saya perlu berusaha keras untuk diterima di sini,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun Caterina berkata usaha yang tidak mengenal jemu itu akhirnya membuahkan hasil, apabila beliau diterima berlakon dalam filem Bhindi Bazaar Inc. yang mengisahkan kehidupan sekumpulan pencuri di Mumbai. Filem itu mula ditayangkan di India kelmarin.\rCaterina berkata beliau ‘jatuh hati’ dengan filem Hindi selepas menonton filem Slumdog Millionaire pada 2009 dan bercita-cita menjadi sebahagian daripada industri perfileman di Bollywood.\r“Sebagai seorang penari, saya sangat meminati persembahan tarian dalam filem Hindi. Gerak tari dalam filem ini amat mencabar dan saya perlu mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Malah penerbit mengambil khidmat seorang guru untuk mengajar tarian India,” katanya.\rCaterina juga  sudah bertekad untuk tinggal lebih lama di India bagi mempelajari selok-belok dalam industri perfileman Bollywood dan mendapatkan seberapa banyak peluang untuk berlakon.\r\n\n\n\n\r“Selain belajar bahasa dan tarian India, saya juga mempelajari pantang larang dalam industri ini. Saya belajar untuk memisahkan antara kerjaya dan perkara peribadi. Ia amat penting untuk memastikan kerjaya saya terus cemerlang.\rCaterina bagaimanapun enggan bercakap mengenai hubungannya dengan Jennifer.\r“Saya mahu berusaha sendiri dan tidak akan menumpang namanya dalam kerjaya saya. Saya juga tidak mahu dibayangi kemasyhurannya,” katanya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.076338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list