View: 159|Reply: 0
|
Vadivelan sasar 2 emas Sukan SEA
[Copy link]
|
|
Mahu atasi had kelayakan di Singapura Ogos nant\rMESKIPUN masih gagal melepasi masa kelayakan Sukan SEA acara 800 meter dan 1,500 meter, pelari jarak sederhana, M Vadivelan memasang hasrat merangkul dua emas andai melayakkan diri ke temasya dwitahunan itu di Indonesia, November nanti.\r\n\n\n\n\r Vadivelan yang mencatat masa kurang satu saat bagi melayakkan dirinya ke Indonesia dalam acara 800 meter (1 minit 51 saat) di kejohanan Olahraga Terbuka Selangor ke-72 semalam, nyata tidak putus semangat dan meletakkan sasaran mengatasi had berkenaan di Terbuka Singapura, Ogos nanti.\r\r\n\n\n\n\n “Ini perlumbaan pertama saya tahun ini dan boleh dikirakan sebagai pencapaian terbaik namun sebenarnya saya boleh melakukan yang lebih baik jika cuaca elok hari ini (semalam).\r“Untuk itu saya perlu mengatasi masa berkenaan pada kejohanan lain seperti Terbuka Singapura dan Terbuka Taiwan hujung bulan ini untuk melayakkan diri ke Sukan SEA,” katanya yang mencatat 1 minit 52 saat, di depan S Mathialagan (1:55 saat).\rDia yang sudah beraksi tiga kali di Sukan SEA berkata, meskipun acara 800 meter masih baru untuk dirinya, dia mahu mencabar diri sendiri dalam acara baru itu.\r“Acara 1,500 meter adalah kegemaran tetapi saya akan cuba melakukan catatan terbaik bagi acara 800 meter. Pada saya, jurulatih sudah melakukan yang terbaik dan daripada itu saya yakin boleh mengatasi masa kelayakan (800 meter) itu nanti,” katanya.\r\n\n\n\n\rAtlit kelahiran Perak berusia 24 tahun itu pernah meraih perak di Korat 2007 dan gangsa di Laos 2009.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|