CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11744|Reply: 51

5 Rekod Perkahwinan Pelik! Pelik atau Bodoh?

[Copy link]
Post time 21-7-2011 08:41 AM | Show all posts |Read mode
5 Rekod Perkahwinan Pelik! Pelik atau Bodoh?




Perkahwinan  yang meriah dan lain dari yang lain sentiasa menjadi idaman setiap  pengantin dengan harapan ianya akan menjadi hari yang paling bermakna  dan bersejarah dalam kehidupan. Kalau di Malaysia, kita sudah sedia  maklum akan perkahwinan perkahwinan mewah dan’grand’ terutamnya golongan  VIP dan selebriti yang menjadi tumpuan terutama pihak media. Tetapi  lain pula yang berlaku di luar negara, mereka tidak berkahwin dengan  manusia yang mereka cintai tetapi lebih kepada yang bersifat kebendaan.  Berikut merupakan 5 perkahwinan pelik pasangan pasangan berikut:

1) Berkahwin Dengan Menara Eifel



Erika  39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San  Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta  terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah  yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih  pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik  dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara  Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana  sahaja dan  dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap  cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama  ‘Erika La Tour Eiffel’.

2) Berkahwin Dengan Orang Mati


Maut  tidak akan dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami  Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap  melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia  lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam  tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di  Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan  motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak  dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga  dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan  foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur  Perancis, pada November 2009.

3) Berkahwin Dengan Diri Sendiri

Liu  Ye 42 tahun, lelaki berasal dari Zhuhai, China begitu mencintai dirinya  sendiri sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan  dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Beliau  mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan  solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah. “Ada banyak alasan  untuk menikah dengan diriku sendiri, terutama untuk mengungkapkan  ketidakpuasan terhadap kenyataan, “kata Liu. Liu menafikan tuduhan  sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau gay. Upacara perkahwinan  berlangsung mengikut adat masyarakat China. Upacara juga dihadiri  seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin  lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek moyang dan para  tetamu yang hadir.



4) Berkahwin Dengan Robot

Seorang  wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada  filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak pasti). Dan  pasangan ini telah di nikahkan sendiri oleh Darth Maul pada upacara  tersebut. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku  manusia dekad ini.

5) Berkahwin Dengan Bantal


Cinta  sejati tidak mengira bentuk dan rupa. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu,  lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal  ‘dakimakura’ kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal  kesayangan Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil  dari siri anime ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda  28 tahun yang diberi nama jolokan ‘otaku’ ini menikahi ‘mempelainya’  yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan  sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan  mendapat liputan meluas dari pelbagai media.
Begitu  pelik manusia zaman sekarang. Rasanya Tuhan dah menciptakan hambaNya  berpasang pasangan tapi ada jugak nak berkahwin dengan menara, bantal  & robot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2011 09:00 AM | Show all posts
ish ish ish ish... pelik memang pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:11 AM | Show all posts
bangang
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:15 AM | Show all posts
sib baik blum lagi ada yg nak nikah ngan binatang ker apaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:33 AM | Show all posts
tak tercapai dek akalku..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 09:34 AM | Show all posts
donia sungguh berwarna warni kenzzzz......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2011 09:39 AM | Show all posts
haish.. ramai manusia gila tapi tak nak masuk wad gila..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:04 AM | Show all posts
kepuasan apa yg dapat tu ye? heheheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2011 10:07 AM | Show all posts
dorang ni ada mental disorder ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:11 AM | Show all posts
pelik+bodoh,hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:18 AM | Show all posts
kenapa la nak kawen dgn benda2 yg tak bernyawa tuh? pelik2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 12:55 PM | Show all posts
depa ni sakit..sickk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 01:02 PM | Show all posts
dengan bantal tu yang nak tergelak tu....mabuk betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 02:13 PM | Show all posts
mcm mn berkahwin dgn diri sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:47 PM | Show all posts
macam mana nak dapat zuriat..tolong bagi pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 04:39 PM | Show all posts
Pelik Ada, bodo pon Ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2011 07:36 PM | Show all posts
per lah yg nak dibuat ngan menara eiffel tu!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 08:39 PM | Show all posts
iols nanti nak kawen dengan  klcc
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 01:02 AM | Show all posts
kalu kawen dgn benda leh gak peluk2 brg..
kalu diri sendiri??
ayoyoyoyo...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 01:40 AM | Show all posts
cian........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.342249 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list