|
Jaguh skuasy negara layak final dan mula hidu mahkota kejuaraan ke-7\rSEBELAH kaki Nicol Ann David sudah pun berada di landasan sebenar memburu kejuaraan ketujuh Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia apabila melangkah ke perlawanan akhir, bagi mengulang pertemuan edisi lalu menentang seteru utama Jenny Duncalf di pusat beli-belah The Curve, hari ini selepas mengatasi halangan separuh akhir, semalam.\r\n\n\n\n\r Ratu skuasy negara itu menepati ramalan menewaskan Omneya Abdel Kawy, 26, yang juga pilihan ketujuh kejohanan 11-9, 12-10, 11-4, sekalipun dikerah bekerja keras untuk melepasi set pertama dan kedua. Namun, Nicol bangkit pada set ketiga selepas lawannya yang melalui rali panjang kepenatan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah kepada pemain Mesir itu.\r\r\n\n\n\n\n Terdahulu, pemain kelahiran England, Duncalf, 29, pilihan kedua kejohanan mudah melepasi lawan dari Perancis, Camille Serme, 22, ranking kelapan kejohanan 14-12, 11-5, 11-8 dalam tempoh 39 minit. \r“Omneya mempamerkan peningkatan dalam permainannya. Namun, saya sentiasa berwaspada dan berusaha keras meraih mata ketika orang ramai selalu terlupa bagaimana sukar bagi seseorang pemain itu melepasi setiap set. Saya gembira melangkah ke final dan Jenny selalunya akan memberikan perlawanan hebat dan tentangan sengit,” kata Nicol.\rKejohanan yang menawarkan hadiah bernilai RM149,670 (AS$50,000) turut menyaksikan kemaraan pemain utama kejohanan, Gregory Gaultier ke final selepas mengatasi pemain Scotland, Alan Clyne 11-5, 11-5, 11-1, untuk bertemu lawan muda dari Pakistan, Aamir Atlas Khan.\rGaultier, 29, dari Perancis memerlukan 41 minit untuk menundukkan lawannya berbanding Aamir yang dikerah Pilley bersaing sehingga set keempat apabila tewas pada set awal, sebelum meraih kemenangan 10-12, 11-6, 11-4, 11-9 dalam tempoh 54 minit. \r\n\n\n\n\rKEPUTUSAN\rSeparuh akhir\r(Lelaki) - Gregory Gaultier (Fra) mn Alan Clyne (Sco) 11-5, 11-5, 11-1; Aamir Atlas Khan (Pak) mn Cameron Pilley (Aus) 10-12, 11-6, 11-4, 11-9\r(Wanita) - Jenny Duncalf (Eng) mn Camille Serme (Fra) 14-12, 11-5, 11-8; Nicol David (MAS) mn Omneya Abdel Kawy (Egy) 11-9, 12-10, 11-4.\rHARI INI\rFinal\rPerseorangan lelaki\rGregory Gaultier mln Aamir Atlas Khan (3 ptg)\rPerseorangan wanita\rNicol David mln Jenny Duncalf (4 ptg)
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|