|
MADRID: Juara Sepanyol dan Eropah, Barcelona sudah mencapai persetujuan dengan kelab Itali, Udinese untuk membeli penyerang Chile, Alexis Sanchez dengan nilai 26 juta euro (RM104 juta).\rPemain 22 tahun itu akan memeterai kontrak lima tahun, kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web rasminya, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Barcelona dan Udinese sudah mencapai persetujuan untuk perpindahan Alexis Sanchez. Urus niaga kontrak itu untuk lima tahun. Kos perpindahannya ialah 26 juta euro (RM109.2 juta),” kata kenyataan itu.\r\r\n\n\n\n\n Urus niaga itu boleh mencecah nilai keseluruhan 37.5 juta euro (RM157.5 juta) bergantung kepada penampilannya.\rSanchez yang akan menjadi pemain Chile pertama bermain dengan kelab itu, akan menjalani ujian perubatan, menandatangani kontrak dan sebelum diperkenalkan Isnin nanti.\rSanchez sudah bermain untuk Udinese sejak 2008 dan musim lalu dipilih sebagai pemain terbaik dalam Serie A, selepas menjaringkan 12 gol dalam 21 perlawanan.\rPemain itu juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Inggeris, Manchester United dan Manchester City, tetapi bulan lalu berkata dia mahu berpindah ke “Barcelona atau tidak ke mana-mana”. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|