Will Rodman (James Franco), currently residing in San Francisco, is working on a cure for Alzheimer's by performing tests on apes. The first test subject is a chimpanzee, named Caesar (Andy Serkis), whose parents had been captured in Africa.Rodman's "cure" genetically modifies Caesar's way of thinking to create a new breed of ape with human-like intelligence. Caesar learns unbelievably well, but human authority orders him to be locked up. However, he eventually proves smart enough to escape from his cage and releases an airborne-strain of the cure among thousands of other apes (the ones that are caged with him), increasing their intelligence, like Caesar. Thousands of apes begin to foment revolution. Soon, war breaks out between humans and apes. Rodman may be the only one able to stop them before the ape revolution ends with the apes succeeding, humanity being driven to extinction, and apes becoming the most dominant species on Earth.
PERASAAN bercampur aduk timbul tatkala penulis menonton sesi tayangan khas Rise of The Planet of The Apes, Khamis lalu. Paling dirasakan, apa akan berlaku jika kita sebagai manusia terus mengabaikan sifat kemanusiaan terhadap haiwan yang tidak berakal.
Penulis sebenarnya kagum pada perkembangan plot dan cetusan rasa yang cuba dilontarkan. Namun, jika diimbas lebih mendalam, watak cimpanzi bijak bernama Caesar (lakonan Andy Serkis) seolah-olah metafora kepada pemimpin minoriti yang bangkit dek penindasan yang berlaku.
Mungkin jika dilihat daripada perspektif politikus, ia sebuah filem genre kenegaraan dan kemanusiaan berjuang demi kebebasan. Cuma bezanya, ia mengangkat haiwan primat untuk membawa semangat perjuangan dan senario penindasan.
Tidak mustahil ia bukan saja mampu menjadi filem sains fiksyen luar biasa, malah mempunyai mesej berat yang jelas dan berjaya pada mata minoriti yang tertindas untuk bangkit. Lebih terusik di hati penulis, ia berjaya membuka mata dan hati penonton dengan lebih luas.
Secara jelas, filem ini cuba mendekatkan pengalaman masa depan jika kita alpa. Biarpun ia mengambil senario semasa di San Francisco, keadaan itu seolah-olah boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa.
Penulis lakon layar dan pengarah bijak mengemudi cerita haiwan yang ditindas manusia. Rise Of The Planet Of The Apes tidak sama dengan mana-mana siri TV yang pernah ditonton sebelum ini mahupun filem ‘remake’ Planet of The Apes pada 2001 lakonan Mark Wahlberg.
Filem ini tidak meniru mana-mana plot asal. Segala-galanya segar dan baru, hinggakan tanggapan awal ia sekuel kepada filem terdahulu dibuang jauh. Penonton dibawa ke fasa baru dengan plot lebih dramatik.
Mengisahkan Will Rodman (James Franco), saintis yang bertanggungjawab mencari penawar penyakit Alzheimer. Dalam usaha mencari ubat itu, dia perlu menguji hasil penemuan pada monyet.
Subjek pertama diuji ialah seekor cimpanzi betina. Tanpa diduga, kesan uji kaji itu membuatkan sel otak cimpanzi itu berkembang dan ia mampu berfikir.
Satu hari, cimpazi itu ditembak selepas mengamuk dan menyerang orang ramai di makmal. Rupa-rupanya amukan itu berpunca atas dasar mempertahankan anak yang baru dilahirkan. Will yang sedih dengan kejadian itu bersetuju memelihara anak cimpanzi dan menamakannya Caesar.
Lima tahun bersama Will, Caesar mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan sehingga haiwan itu mampu berfikir seperti manusia. Kasih sayang yang ditonjolkan akhirnya membawa padah apabila Caesar mengamuk selepas Will yang dianggap bapa dipukul jiran.
Daripada situ, emosi dan perasaan penonton mula dijentik ke fasa berlainan. Naluri perikemanusiaan mula terpancar dan berkembang seiring dengan plot. Kemudian penonton dihambat dengan perasaan gerun sebaik saja Caesar mula mengetuai misi memimpin sekumpulan haiwan primat membabitkan cimpanzi, gorila, orang utan dan monyet menyerang manusia yang cuba menghalang tujuan mereka.
Tujuan mereka hanya satu, yakni mahu bergerak bebas di hutan asal usul mereka.
Secara teknikal, sinematografi dan kerja kamera filem ini mungkin masih perlu diperincikan dengan sentuhan lebih jelas. Ini kerana wujud beberapa aspek kesan khas yang masih memerlukan pembetulan pada kadar minimum. Walaupun ia kurang tampak pada mata kasar tetapi bagi mereka yang mencari kepuasan dalam tontonan, pasti akan nampak.
Lakonan Franco sebagai ahli sains yang berdepan masalah pertembungan sains dan perikemanusiaan kurang impak yang diharapkan. Dia seolah-olah terlalu ringkas membawa watak Will.
Menariknya, kehadiran Freida Pinto seolah-olah memberi lebih banyak warna kepada watak dan peranan dalam mengembangkan plot. Walaupun kehadirannya kurang impak, sekurang-kurangnya filem ini mempunyai sedikit pemboleh ubah kepada setiap plot pengakhiran.
Filem ini membuai penonton dengan banyak cara. Secara jujur, penonton pasti mengalami dua perasaan utama yakni kasihan pada apa yang berlaku dan gerun jika ia benar-benar berlaku.
Selebihnya, filem ini akan menjadi pilihan utama golongan remaja dan dewasa yang gemar pada filem bergenre sains fiksyen dan aksi pada masa sama.
Namun, ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan mereka yang tidak pernah mengenali haiwan primat secara dekat.
FILEM: The Rise Of Planet Of The Apes ARAHAN: Rupert Wyatt PELAKON: James Franco, Andy Serkis dan Freida Pinto GENRE: Aksi TAYANGAN: 4 Ogos 2011
aku rasa walau dia kata bukan sekuel, tp tajuk menunjukkan segalanya
-mungkin takde kena mengena dgn planet of the apes yg mark wahlberg tu, tp ni menunjukkan camana beruk2 tu conquer manusia
-samam mcm filem2 klasik dia dulu
citer ni PREQUEL.
boleh dianggap prequel utk 2 filem POTA yg 2001 or yg original thn 1968.
nak label as reboot pun boleh. kire pasni kalo derang nak wat sequel, just smbung pd timeline yg baru ni je, so xde kaitan dh dgn filem POTA yg lain.
aku berminat nak tengok sbb nk tau cmne beruk2 tu leh evolve smpai leh conquer earth.
kalo ikutkan mmg xleh sbb manusia ada byk senjata moden kan. tp katanya manusia hampir pupus lepas kne some virus ke apatah, yg mana beruk2 tu survive.
betul apa yg sayangidaku ckp, mcm filem2 tahun 60an 70an jugak, camana beruk2 tu bleh jadikan bumi planet diorang, padahal masa mark wahlberg jatuh kat planet lain tu, tu dah bumi dah tu, cuma berubah jee
membesar ngan citer planet of the apes original pada tahun 1980-an...
sudah pasti aku akan menonton movie nie...
dulu, sanggup menonton sampai lewat malam sebab memang suker giler ngan movie nie...
even siap baca novel novel versi BM lagi... monyet dari planet berukera (kalo tak silap aku ar)....
movie yang diwat thn 2001 (mark whalberg) tak best arrr...