|
Sasar tampil prestasi mantap pada baki tahun ini\rSAN DIEGO: Bekas juara Terbuka Perancis, Ana Ivanovic berharap perdamaian di antara tenaga kejurulatihan dan kecergasannya baru-baru ini, akan membantunya menampilkan prestasi mantap pada baki tahun ini, bermula di kejohanan Terbuka San Diego minggu ini.\r\n\n\n\n\r Pemain ranking ke-19 dunia dari Serbia itu diletak sebagai pilihan kelima kejohanan gelanggang keras yang menawarkan hadiah AS$721,000 (RM2.13 juta) dan dia akan cuba melupakan kekalahan pusingan pertama di tangan pemain Jepun, Ayumi Morita di Stanford, minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\n Ana membuka saingan dengan menentang sama ada Morita atau pemain Australia, Jelena Dokic.\r“Prestasi saya tidak begitu baik pada separuh pertama tahun ini, tetapi saya berharap dapat mengubahnya sekarang,” kata Ivanovic, juara di Roland Garros 2008 yang kemudian melonjak ke kedudukan ranking teratas WTA sebelum mengalami kemerosotan.\r“Prestasi saya turun naik, tetapi kini saya memandang ke depan. Masih ada baki separuh tahun lagi.”\rPemenang 10 kejuaraan WTA itu kini menjalani latihan bersama jurulatih dari Britain, Nigel Sears dan melantik semula bekas jurulatih kecergasannya, Scot Burns. Sebagai tambahan, dia juga mendapat nasihat daripada Heinz Gunthardt, bekas jurulatih Steffi Graf.\r\n\n\n\n\r“Saya berasa seronok untuk bertanding semula,” kata Ivanovic. “Ada banyak kebaikan dan saya berharap mencatat keputusan baik.”\rPemain Serbia itu bermain di San Diego buat kali ketiga dengan yang terakhir sebelum ini ialah kekalahan pusingan pertama tahun lalu. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|