View: 130|Reply: 0
|
4 kelebihan Chong Wei di Wembley
[Copy link]
|
|
EMPAT kelebihan mengiringi langkah jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei untuk cuba merampas mahkota elusif Kejuaraan Dunia di Wembley, minggu depan.\rKetua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, empat faktor yang meyakinkan pihaknya ialah Chong Wei kini berada di tahap prestasi terbaik, selain sudah membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri berbanding pencabar lain apabila mengungguli lima daripada enam kejuaraan musim ini.\r\n\n\n\n\r Persiapan rapi yang dilakukan pemain nombor satu dunia itu termasuk latihan pusat sejak 27 Julai lalu di Universiti Bath, United Kingdom turut membantunya menyesuaikan diri lebih awal sebelum kejohanan bermula, serta seteru utama Lin Dan yang bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini. \r\r\n\n\n\n\n Justeru, Ketua Pengarah MSN itu menegaskan peluang keemasan untuk menjulang kejuaraan kali ini tidak harus dipersiakan pemain kelahiran Pulau Pinang itu selepas lima kali percubaannya berakhir dengan kekecewaan.\r“Selepas kemampuannya dipersoalkan kerana kegagalan memenangi kejohanan utama, saya percaya ini adalah masa terbaik Chong Wei membuktikan keupayaannya dengan bergelar juara dunia. Saya yakin seluruh negara turut berharap dan berdoa dia mampu memenanginya,” kata Zolkples, semalam.\rDia menegaskan keupayaan Chong Wei menjulang mahkota kejuaraan dunia nanti mampu menjadi rangsangan dan tonik terbaik buat pemain yang akan genap 29 tahun Oktober ini, untuk membuat persiapan rapi menghadapi Sukan Olimpik London 2012 pula.\rKelmarin, ketua jurulatih negara, Rashid Sidek turut menyuarakan Wembley kali ini menjadi pentas terbaik untuk pemain emas itu menamatkan badi dengan memenangi mahkota kejuaraan dunia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|