View: 113|Reply: 0
|
Johor tidak bimbang tanpa kelibat Norizam
[Copy link]
|
|
JURULATIH Johor, Azmi Mohamad tetap optimis skuadnya mampu mengharungi kempen Piala Malaysia biarpun tanpa kelibat kapten Norizam Salaman yang mengalami kecederaan dan perlu berehat dua bulan.\rKatanya, Norizam terpaksa menjalani pembedahan lutut dan pasti terlepas aksi kempen piala berprestij itu dan ketiadaan penyerang Johor itu perlu diganti dengan mengintai pemain luar.\r\n\n\n\n\r “Buat masa ini, dua pemain luar iaitu Mohd Redzuan Nawi dari Staf USM dan Ashadi Mohd Yusoff dari Tentera akan beraksi untuk Johor selaku pemain pinjaman manakala seorang lagi pemain dari Pulau Pinang masih belum diputuskan.\r\r\n\n\n\n\n “Memang agak sukar untuk mencari pemain yang bakal mengganti kekosongan Norizam, namun saya yakin masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana persiapan rapi sedang dijalankan,” katanya.\rMenurutnya, latihan kecergasan sudah dilaksanakan dan kini tumpuan adalah kepada corak taktikal dan lima aksi perlawanan persahabatan dirancang supaya pemain tidak berdepan masalah bila bersaing dalam kempen Piala Malaysia.\rJohor layak ke saingan Piala Malaysia selepas menduduki tempat keempat Liga Perdana dan dijangka mampu memberi tentangan dengan sasaran ke suku akhir.\rMenurut bekas penyerang Johor itu, cabaran pasti getir daripada pasukan lebih berpengalaman tetapi pemain sudah bersedia dan berdebar-debar menanti detik undian pasukan yang dijadualkan berlangsung esok.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|