CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10774|Reply: 26

Golden Churn Creamery Butter Di Semenanjung HALAL!

[Copy link]
Post time 4-8-2011 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Tapi di Sarawak disahkan ada DNA b.a.b.1....

Teringat dulu kenyataan pembuat kek lapis tersohor mengatakan kenapa kek Lapis sarawak mahal dan boleh tahan lama..
Sebab Golden Churn Creamery Butter punya pasal ler....sedangkan kalau tak silap jenama butter tok memang tiada logo halal!

Sarawak boleh!

Produk Golden Churn Creamery Butter

Soalan

Pada 02.08.2011 keluar kenyataan akhbar mengatakan Golden Churn Creamery Butter telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Tetapi kenyataan media daripada Majlis Islam Sarawak, JAIS Sarawak telah mengesahkan produk tesebut telah dikesan mengandungi DNA **** melalui laporan yang diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011. Dan Kenyatan Media tersebut ditandatangani oleh Abang Shamshudin Bin Abang Seruji, Setiausaha Majlis Islam Sarawak pada 28 Julai 2011 Bersamaan 26 Syaaban 1432H. ????????



Jawapan

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM mengenai produk Golden Churn Creamery Butter adalah produk yang halal hanyalah melibatkan produk yang terdapat di pasaran di semenanjung Malaysia sahaja dan ia tidak melibatkan produk yang terdapat di pasaran di negeri Sarawak.

Hal ini disebabkan oleh penemuan yang berbeza di antara dua siasatan yang telah dilakukan terhadap produk tersebut.

Kajian yang dijalankan di semenanjung (sampel diambil terus daripada pengedar) didapati tidak terdapat sebarang penemuan kewujudan DNA **** di dalamnya. Akan tetapi, kajian yang dijalankan di Sarawak mendapati terdapatnya DNA **** di dalamnya.

Oleh yang demikian, para pengguna di semenanjung boleh menggunakan produk ini tanpa perlu rasa was was. Manakala, para pengguna di Sarawak dinasihatkan supaya mencari jenama atau produk yang lain sebagai ganti kepada produk jenama ini bagi mengelakkan daripada menggunakannya. Wallahu 'Alam.



http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/...ons/view/37726
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 08:22 AM | Show all posts
heran juak eh banyak juak kilang butter tok pengedar ambik lain2 tempatkah? heran juak eh...............
tp nak ada kenalan kmk nya bisnes kek lapis tok, nya call JAKIM kl baru2 tok masa statement JAIS madah ada dna babi dak JAKIM sinun madah halal juak kt swk cuma yg membezakan logo halal ajak lain sik faham juak eh lain2 kah pek tin ya???????
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 03:20 PM | Show all posts
mcm ayat nyedap ati jak...
sebelum sarawak test sidak johor pun dah molah dan menemui hasil mcm di sarawak juak. Lepas ya JAKIM ngeluar memo madah halal. Sarawak adalah yag terbaru... tapi mmg ada mengandungi DNA babi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 07:36 PM | Show all posts
sekarang nih mmg saya pembeli tegar kat mira kek lapiz...now bila tau dah x halal jadik was2 nak makan kek lapiz mira..baru jek mak bawak blik 10 biji ke malay last week....buang mcm tuh jek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 09:03 PM | Show all posts
Sumber : bharian.com


Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 09:05 PM | Show all posts
Tauke kek lapis samak peralatan       Oleh Alias Abd Rani
[email protected]
        

   
                 
KUCHING: Tidak sampai 24 jam selepas menerima arahan Majlis Islam Sarawak (MIS), beberapa pengusaha kek lapis di negeri ini yang menggunakan mentega Golden Churn disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, mula menyamak semua peralatan dan kelengkapan mereka, semalam.
  Pengusaha kedai kek lapis Di Wannie Cake di Satok, antara yang pertama mengambil tindakan menyamak semua peralatan dengan menggunakan air tanah liat di premis perniagaan mereka sambil dipantau pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) pada kira-kira jam 8 pagi.

  Pegawai Unit Pembangunan Halal Jais, Mohamad Sanusi berkata, pemilik Di Wannie Cake tampil secara sukarela bagi melakukan proses menyamak walaupun premis berkenaan pernah melakukannya sebelum ini.
  “Semua pengusaha kek lapis yang mendapat pengiktirafan halal perlu melakukan proses menyamak terhadap semua peralatan dan kelengkapan menyediakan kek berkenaan.    “Ia adalah peraturan yang ditetapkan ketika memohon status halal produk mereka.

  “Semua pengusaha perlu melaporkan kepada Jais untuk menyamak dan kami akan menghantar wakil bagi menyaksikan proses berkenaan. Ia bagi memudahkan wakil Jais membuat pengesahan, sekali gus melanjutkan pengesahan sijil halal pada masa depan,” katanya.

  Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pengusaha kek lapis di Sarawak belum memiliki sijil halal dan mereka beroperasi secara kecil-kecilan atau berkumpulan di rumah dan tidak mempunyai premis tetap.


  Harian Metro semalam melaporkan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman mengarahkan pengusaha pernah menggunakan mentega berkenaan supaya menyamak serta menghapuskan stok berikutan terdapat DNA babi dalam mentega itu.

  Mohamad berkata, setakat ini, hanya dua pengusaha kek lapis mempunyai status halal dan masih sah iaitu Di Wannie Cake dan Kek Lapis Sarawak Maria, manakala kek lapis Rabiah Amit dan Mariam dalam proses untuk diperbaharui.

  “Apa yang dibimbangkan ialah pengusaha kek lapis persendirian di kampung kerana mereka sepatutnya melakukan proses sama (menyamak semua peralatan) seperti dilakukan premis mempunyai status halal.

  “Jais sedia memberikan nasihat kepada mereka termasuk membantu melakukan proses menyamak mengikut hukum syarak ditetapkan,” katanya.

  Sementara itu, pemilik Di Wannie Cake, Zoraidah Leen berkata, pihaknya tampil secara sukarela kerana berpendapat adalah lebih baik proses menyamak dilakukan segera daripada terpaksa menanggung kerugian bagi tempoh jangka panjang.


  “Pihak kami memberhentikan penggunaan mentega berjenama itu sejak April lalu selepas mendapat tahu laporan dari Johor yang mengatakan ia haram sebelum melakukan proses menyamak peralatan.


  “Bagaimanapun, Jais memaklumkan proses menyamak harus dilakukan dengan kehadiran pegawai mereka, jadi hari ini kami melakukan proses sama bagi mengelak was-was.” katanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2011 09:12 PM | Show all posts

Kalau boleh JAIS tolong pantau juak kedai kopi milik Cina.

Bayangkan stall mee kolok B.A.B.1 bersebelahan dengan Mee Jawa....

Orang Malaya ngeleng kepala nanga benda tok....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 10:11 AM | Show all posts
BERITA:
    [BH] KUCHING: Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

    Apa yang membimbangkan, kira-kira 40,000 kilogram mentega berkenaan berada di pasaran di negeri ini dengan bekalan masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit yang menjualnya secara terbuka.

    Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Huzir Wan Sulaiman, berkata penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter bukan saja di kalangan pengusaha kek lapis sebaliknya turut digunakan dalam industri pembuatan roti dan kek.

    Katanya, banyak pengusaha kedai roti dan kek termasuk yang bukan beragama Islam dikesan menggunakan jenama mentega itu selepas mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

    “Golden Churn Creamy Butter telah digunakan secara meluas di Sarawak sebelum ini dan ia tidak terhad digunakan pengusaha kek lapis saja kerana ia turut membabitkan kedai roti serta kek yang banyak di seluruh negeri.

    "Selesai pemeriksaan semua premis pengusaha kek lapis, kami akan meneruskannya ke atas kedai roti dan kek bagi memastikan mereka mematuhi sijil halal dikeluarkan JAIS,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

    Selasa lalu, MIS memutuskan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter adalah haram selepas ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia mendapati wujud DNA babi di dalam sampel yang diambil dari pengedar di sini.
     
    Wan Ahmad Huzir, berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan ke atas semua pasar raya yang menjual mentega berkenaan agar mengalihkannya ke seksyen tidak halal selain meminta pengedar menampal logo halal pada bahagian bungkusannya.

    “Kita tidak boleh mengarahkan mentega ini dimusnahkan kerana ada pelanggan bukan Islam masih menggunakannya.

    “Mengenai dakwaan mengatakan wujudnya penghantaran Golden Churn Creamy Butter yang halal dari Australia, pihak kami menetapkan keseluruhan produk berkenaan adalah haram dan tidak ada sebarang penghantaran yang halal,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit, meminta tindakan tegas turut dikenakan ke atas mana-mana pihak didapati pernah dan menggunakan mentega itu.

    “Janganlah hanya ‘menyerang' pengusaha kek lapis kerana Golden Churn Creamy Butter turut digunakan banyak pihak termasuk hotel terkemuka dan kedai roti bagi menghasilkan kek atau biskut yang dijual kepada orang ramai.

    “Mereka juga harus mengambil langkah sama termasuk menghentikan penggunaan mentega berkenaan dan menyamak peralatan dan perkakasan kerana pelanggan mereka merangkumi umat Islam juga,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2011 07:30 PM | Show all posts
so, Mita and Taka halal sik??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2011 09:38 PM | Show all posts
so, Mita and Taka halal sik??
dynaz_zhalia Post at 6-8-2011 19:30


Kan sidaknya dapat logo halal yang dikeluarkan oleh JAIS tapi waktu ya kes Golden Churn Butter belum timbul. Lebih baik berhenti
beli kalau was-was.....

Banyak pekong dgn tokak dah keluar tok....haktuuuihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 09:06 PM | Show all posts
Reply 9# dynaz_zhalia


  taka dkt simpang tiga makei golden fern... dah tyk dgn tokey taka ya mpun....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:52 AM | Show all posts
ne nyuroh byk gilak negara pengimport golden churn? pelik sungguh.. apa2 pun, kmkorg bli buttercup.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:27 AM | Show all posts
saman jak pengeluar butter ya mun nya ada nyimpan tanda halal tp sebenarnya sik halal :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 12:19 PM | Show all posts
Kamek selalu meli kek lapis taka pakei berik dengan officemates kamek masa kamek kerja kat kl dolok. Mala jak madah nyamai. Mesti sidak jerak makan kek lapis kamek.....huhu...ya lah tek. Kamek tok masih big fan kek lapis horlick  layer kat TAKA. Halal kah oh....aduyaii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 08:01 PM | Show all posts
Kamek selalu meli kek lapis taka pakei berik dengan officemates kamek masa kamek kerja kat kl dolok. ...
steadylady80 Post at 9-8-2011 12:19


Taka dengan Mita kan banyak cawangan. Kalau sidaknya beli barang untuk molah kuih/roti ban mesti beli in bulkkan?
Dapatlah harga borong......
Sik lojik kalau cawangan yang berlainan milih butter masing-masing....

Bagus pergi kedai Roti Islam Norjas (Matang) atau Aziqa (Perumahan) sementara tok....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:55 AM | Show all posts
bagus molah dikpun maky planta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 09:21 AM | Show all posts
makan lemang n rendang jaklah raya tok
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:19 PM | Show all posts
Reply 15# syed06

Mungkin benar juak kali..Yalah...sik juak mek berani nak beli lagik kat TAKA buat masa tok....
Mun kamek ngembak kek lapis dari sarawak sik pasti kamek mun ada sidak maok makan..cuak juak.

Yalah.....nama kek lapis serawak dah tercalr lah juak...dahlah trademark kita orang sarawak...

Sikda lah ole2 kamek ke kl nun......mbak ajaklah terubok pedak......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:03 PM | Show all posts
tumpang lalu lok...bapak kmk madah mita di satok makey buttercup koh!!! mun takrang ada lalu di belakng mita satok nak...tanggar takrang tong putih nak di loonggok daknya bekas mentega daknya nang cap buttercup bah..tapi ya terpulang gik ngan individu lah nendak. ok..salam ramadan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 12:23 AM | Show all posts
Reply 19# baydot
adakah rasa kek lapis lain jika tidak mengunakan golden churn?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.072404 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list