View: 185|Reply: 0
|
Walcott buat ‘Fab’ pantas dilupai
[Copy link]
|
|
Ledak gol tunggal kemenangan ke atas Udinese play-off Liga Juara-Juara\rPARIS: Arsenal memulakan era tanpa Cesc Fabregas dengan nota kemenangan selepas menundukkan kelab Serie A Udinese 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama play-off Liga Juara-Juara tetapi ia bukanlah kemenangan meyakinkan.\r\n\n\n\n\r Gol awal Theo Walcott sudah cukup tetapi Udinese memiliki beberapa peluang untuk sekurang-kurangnya memaksa keputusan seri dan masih berpeluang menebusnya dalam perlawanan timbal balik di Itali minggu depan yang pasti memberi tekanan tambahan kepada pengurus, Arsene Wenger.\r\r\n\n\n\n\n Sesungguhnya prestasi memberangsangkan Udinese di gelanggang lawan memberi harapan kepada mereka untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan.\rKelab Republik Czech, Viktoria Plzen mencatat rekod kemenangan di gelanggang lawan dengan menundukkan FC Copenhagen 3-1, yang melayakkan diri ke kelompok 16 terakhir musim lalu tetapi memerlukan keajaiban untuk mara ke peringkat kumpulan musim ini.\rGergasi Portugal Benfica pula menjaringkan gol penting di gelanggang lawan ketika seri 2-2 dengan Twente Enschede, Sturm Graz seri 1-1 dengan BATE Borisov tetapi kelab Russia, Rubin Kazan tetap yakin mampu menterbalikkan keputusan selepas tewas 1-3 kepada kelab berpengalaman Perancis dalam saingan Liga Juara-Juara, Lyon yang menyerlah hasil prestasi memberangsangkan pemain antarabangsa Perancis, Bafetembi Gomis.\rArsenal mungkin menang tetapi suasana suram jelas menyelubungi Stadium Emirates, bukan saja kerana kehilangan Fabregas tetapi juga penyokong lebih suka menonton di rumah.\r\n\n\n\n\rJaringan Walcott pada babak pertama sekurang-kurangnya memberi sedikit kelebihan kepada Gunners yang perlu mempertahankannya pada perlawanan kedua di Itali, Rabu depan tetapi mereka perlu meningkatkan prestasi bagi mengelak dimalukan tersingkir awal.\rKehilangan Fabregas di jentera tengah untuk mencipta gerakan serangan jelas dirasai dan Arsenal memerlukan suntikan terbaik untuk mengekalkan pendahuluan ketika Udinese membuktikan betapa goyang benteng tuan rumah. \rWenger bagaimanapun tidak hadir pada sidang media kerana dilarang berada di bangku simpanan dan Aaron Ramsey memperkatakan prestasi Arsenal.\r“Cesc adalah pemain hebat untuk kelab tetapi dia sudah pergi. Kami diberi tentangan sengit dan terpaksa memberikan segala-galanya malam ini,” kata Ramsey.\r“Apa yang penting, kami menang. Kami yakin mampu mencatat kemenangan apabila beraksi di tempat lawan.” Jurulatih Udinese Francesco Guidolin berkata: “Kami gagal menyempurnakan peluang tetapi perlawanan masih terbuka dan kami mempunyai peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|