|
Jika markah terjunan kedua lebih baik, tidak mustahil pingat emas: PandelelaRATU terjun negara, Pandelela Rinong menamatkan penantian dengan menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 Shenzhen, apabila meraih perak, semalam. \n\n\n\n Pandelela yang beraksi dalam acara 10 meter platform individu hanya selangkah untuk melakar sejarah apabila catatan yang dilakukannya hanya kurang 3.50 mata berbanding penerjun emas dari Mexico, Paola Espinoza.\n\n\n\n\n\n Semuanya gara-gara sedikit kesilapan yang dilakukan pada terjunan kedua apabila sekadar mengutip 65.25 mata sebelum bangkit melakukan terjunan menakjubkan pada tiga cubaan terakhir.“Jika markah pada terjunan kedua lebih baik, tidak mustahil pingat emas menjadi milik saya,” kata anak gadis berketurunan Bidayuh dari Sarawak itu.“Memang rasa sedikit kecewa tapi saya sudah cukup berpuas hati kerana apa yang saya lakukan di sini jauh lebih baik berbanding Kejohanan Dunia di Shanghai sebelum ini,” katanya yang menyifatkan pesanan jurulatih, Yang Zhuliang menguatkan semangatnya untuk bangkit.“Malah ini adalah catatan terbaik saya dalam mana-mana kejohanan dan markah pada lompatan kelima 84.80 adalah tertinggi pernah saya pungut.”\n\n\n\nEspinoza yang juga bekas juara dunia mencatat 381.75 mata untuk mengatasi Pandelela (381.75) manakala penerjun tuan rumah serta pemenang emas Olimpik 2008, Wang Xin ketiga (370.55).Selain Wang Xin, tuan rumah turut menurunkan penerjun muda, Chen Ni tetapi gagal menyaingi konsistensi Pandelela dan Espinoza.Seorang lagi penerjun negara, Leong Mun Yee yang menduduki tangga kelapan pada pusingan kelayakan, mengambil keputusan menarik diri untuk memberikan tumpuan kepada acara terjun 10 meter seirama bersama Pandelela, hari ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|