View: 124|Reply: 0
|
'Saya tidak akan tinggalkan Arsenal'
[Copy link]
|
|
Wenger tidak tertekan, anggap kekalahan belum mencetuskan rasa panikLONDON: Selepas Arsenal dimalukan Liverpool 2-0 di laman sendiri kelmarin, pengendalinya Arsene Wenger tampil menegaskan dia tidak berasa sebarang tekanan tambahan dan tidak akan sesekali meninggalkan kelab berkenaan.\rWenger mula dikritik selepas kegagalannya membawa masuk pemain sepanjang jendela perpindahan, dan bekas naib pengerusi Arsenal, David Dein memberi amaran minggu lalu yang rakan baiknya itu (Wenger) mungkin ditunjuk pintu keluar Stadium Emirates.\r\n\n\n\n\rNamun Wenger yang agak kecewa tewas dengan dua gol lewat permainan selepas Emmanuel Frimpong dibuang padang, menafikan sebarang kemungkinan dia akan meninggalkan kelab itu. \"Saya tidak akan berganjak dari sini,\" kata Wenger.\r\r\n\n\n\n\n\"Saya akan terus memberikan usaha terbaik kepada kelab ini.\rKita masih di permulaan musim dan memang mengecewakan apabila kalah. Tetapi belum ada gempa bumi (untuk saya panik).\r\"Kita berada dalam persekitaran di mana setiap kekalahan dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. Saya sentiasa merasai tekanannya, tetapi ia tidak lebih daripada biasa. Cuma saya setuju keputusan itu (buang padang) agak keras.\"\rWenger tetap menurunkan Samir Nasri dalam kesebelasan utama walaupun ada laporan mengatakan pemain tengah Perancis itu hanya beberapa hari daripada menyempurnakan perpindahannya ke Manchester City.\r\n\n\n\n\rLaporan dari Perancis mengatakan rundingan terhenti sementara kelmarin, walaupun Wenger menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai status rundingan berkenaan.\r\"Saya sudah cuba untuk mengekalkan Samir Nasri dan saya tidak pernah berubah fikiran,\" kata Wenger. \"Dia sukakan kelab ini. Kami mungkin perlu menjualnya juga tetapi buat masa ini, dia gembira.\" - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|