Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.
Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.
Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya? Temui jawapannya dalam Kekasihku Puyu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di slot Lagenda, hanya di TV3.
baru baca balik sinopsis dia...
patutlah td ending ep ptg tadi, pakcik tu mengintai tapi nampak fahmi ckp sorang2...
rupa2nya memang fahmi sorang jer yg boleh nampak bidasari..
fahmi tu dah jadi lain skir...
sejak ada ikan puyu ni, keja asik nak balik cepat, kiranya buat hal sendiri..
taksub sgt dgn ikan puyu...
sampai dah heboh satu kampung yg dia ni tak sihat/gila..
ialah sampai mak pak call pun tak angat, rumah bersepah...
comel ar budak2 yg berlakon dlm citer ni terutamanya aiman
ep ari ni...
kesian ar dgn bapa si sari tu, dah bodoh jer tgk...
ikut sgt ckp bini dia dgn org gaji...sbb dah kena buat..
bila pekerja dato' tu dtg mengadu pasal habib, dia buat tak endah...
si habib dgn datin tu, berpoya2 nak gi australia...
si mak jah dah buat jampi apatah supaya bidasari tak dapat menjelma lg sebagai manusia bila matahari terbenam...
sasau si fahmi...
makin syok pulak layan citer ni...
ep td, habib tgh cari mazlan, sbb dokumen penyelewengan duit tu ada kt mazlan...
pastu habib dan akauntan baru tu nak sambar semua duit datin, nak suruh datin tukarkan wasiat datuk ke nama datin..
datin minta semua dokumen kt datuk tapi dia marah sbb semuanya atas nama bidasari...akibat geram, dia suruh mak jah bagi datuk minum air rendaman kaki dia...makin tak betul datuk tu...kesian aku tgk...
fahmi dah balik semula ke rumah mak bapak dia dan mencari kerja...
ending tadi, mak fahmi nampak anak dia ckp2 sorang2..
teringin nak tengok...tp balik keje pun dah pkl 6ptg. nak layan tonton kena cari masa sesuai...hmmmmm...
citer ni ala2 citer dulu2 yg sarimah nyawa dkt ikan tu ek