CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Debaran mula

[Copy link]
Post time 6-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Rajagobal pilih Kelantan, Selangor, Terengganu dan KedahDETIK ditunggu sudah tiba dan hari ini, 16 pasukan akan turun ke gelanggang untuk memburu satu trofi yang dilabel antara tertua di Asia iaitu Piala Malaysia.\n\n\n\n  Pada firasat jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal dia melihat empat pasukan - Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah - memiliki segala ramuan mengejar pengiktirafan itu tapi tidak menolak kemungkinan skuad kerdil mampu membuat kejutan dalam kejohanan yang sentiasa memiliki unsur tradisi dan klasik.\n\n\n\n\n  “Bagi saya, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah tetap menjadi pilihan dan mereka cuma kena jaga prestasi dan mempamerkan persembahan baik. Tapi Piala Malaysia sentiasa dengan kejutan dan mana-mana pasukan perlu terima hakikat jika tersingkir awal kerana ini saingan kalah mati.“Negeri Sembilan juga saya fikir tak harus dipandang rendah. Dua musim berturut mereka beraksi di pentas final. Untuk pasukan dari Liga Perdana saya tak boleh komen banyak. Hanya boleh mengatakan mereka mampu memberi rintangan,” kata Rajagobal ketika dihubungi, semalam.Keempat-empat pasukan yang dinilai Rajagobal itu akan beraksi di gelanggang lawan dan perwatakan mereka bakal diuji, malam ini sama ada menepati ciri-ciri selaku juara dalam pembikinan, musim ini.Rajagobal turut menjangkakan saingan Piala Malaysia kali ini lebih meriah dibantu dengan keghairahan  peminat yang kembali teruja dengan kebangkitan skuad kebangsaan dan skuad Olimpik serta masih ‘panas’ dengan kehadiran tiga kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Liverpool dan Chelsea Julai lalu.\n\n\n\n Artikel lain:Amri masih punya aura wira peledakKedah yakin mudah ratah Johor

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.418474 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list