View: 81|Reply: 0
|
Sepanyol, Itali mudah mara
[Copy link]
|
|
Belanda, England cerah peluang raih tiket ke pusingan akhir Euro 2012\rLONDON: Juara dunia, Sepanyol dan Itali sekadar melengkapkan formaliti kelayakan Euro 2012 kelmarin ketika Belanda tampak tiada masalah dan England berpeluang cerah menempah tempat untuk ke pusingan akhir tahun depan.\rAlvaro Negredo dan David Villa masing-masing menjaringkan dua gol ketika Sepanyol membelasah Liechtenstein 6-0 bagi membolehkan juara bertahan itu lapan mata di depan Republik Czech dalam saingan Kumpulan I, ketika berbaki dua perlawanan.\r\r Itali diberi saingan sengit di Florence tetapi jaringan lewat Giampaolo Pazzini membolehkan mereka menang 1-0 ke atas Slovenia dan memastikan kedudukan teratas dalam Kumpulan C.\r\n\n\n\n\n\rJerman pula sudah pun melayakkan diri Jumaat lalu, bermakna lima daripada 16 pasukan untuk kejohanan itu sudah diketahui, termasuk tuan rumah bersama iaitu Poland dan Ukraine. \rBelanda menewaskan Finland 2-0 tetapi walaupun memenangi semua lapan perlawanan kelayakan mereka, Belanda masih memerlukan satu mata di laman sendiri menentang Moldova bulan depan sebelum mengesahkan tempat kerana Sweden mengekori dua mata di belakang.\rKevin Strootman dan Luuk de Jong menemui sasaran dalam saingan dua pasukan kelompok teratas itu, manakala Sweden menewaskan San Marino 5-0 dengan Christian Wilhelmsson menjaringkan dua gol.\rEngland yang gagal melayakkan diri ketika pusingan akhir 2008 di Austria dan Switzerland, menewaskan Wales 1-0 di Wembley untuk melonjak enam mata mengatasi Montenegro dalam Kumpulan G. \rSeperti England, Itali perlu meraih semula sokongan peminatnya selepas prestasi buruk pada Piala Dunia tahun lalu dan jurulatih, Cesare Prandelli berkata, peningkatan masih diperlukan selepas dipaksa bekerja keras ketika menentang Slovenia. \rPerancis yang gagal pada Piala Dunia 2010, turut hampir ke pusingan akhir Euro 2012 selepas seri 0-0 dengan Romania dalam Kumpulan D, walaupun masih ada usaha perlu dilakukan selepas Bosnia merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang skuad Laurent Blanc itu, hasil kemenangan 1-0 ke atas Belarus. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|