CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Devan tetap positif, enggan cepat melatah

[Copy link]
Post time 8-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN dimalukan T-Team, 0-1 dalam saingan Piala Malaysia malam kelmarin, pengendali skuad Merah Kuning, K Devan, tidak mahu cepat melatah dan tetap berfikiran positif bagi mengharungi perlawanan seterusnya.\r“Buat masa ini saya rasa tidak perlu panik kerana kita kalah ketika beraksi di tempat lawan. Kami akur T-Team pasukan yang boleh memberi saingan kepada kami.\r\n\n\n\n\r  “Kalau  kalah dengan Polis atau  Kuala Lumpur, itu satu yang tidak boleh diterima dan mungkin boleh menggugat kedudukan kami  layak ke suku akhir,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Penaja Kejohanan kepada Sultan  Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Hotel Concorde, Shah Alam semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Devan turut mengakui pasukannya kurang agresif setiap kali beraksi di Terengganu dan Kelantan namun tetap berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan pemainnya. \r“Saya rasa puas hati dengan persembahan pemain dan mungkin perkara yang membezakan kami  adalah mereka dapat menjaringkan gol dengan peluang yang mereka cipta, sedangkan kami gagal.\r“Bukan mudah bermain di Kelantan dan Terengganu. Seperti mana yang kami tahu apabila pergi ke sana kami kena lebih agresif. Kalau  tidak dapat menyaingi sikap agresif yang ditunjukkan pasukan seperti Kelantan dan Terengganu, mungkin sukar untuk menang.” \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.361062 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list