CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

‘Permainan kami sudah statik’

[Copy link]
Post time 8-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kami hanya mahu Cheh Chang, usah salah tafsir: Kien KeatPASANGAN emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menegaskan mereka bukan seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila menuntut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ‘menyingkirkan’ ketua jurulatih, Rexy Mainaky dan menggantikannya dengan jurulatih beregu wanita, Pang Cheh Chang bagi membimbing mereka.\r“Kami tidak pernah menyalahkan Rexy di sebalik keputusan mengecewakan yang diperoleh termasuk di Kejohanan Dunia, baru-baru ini. Sebaliknya, kami dapati permainan kami sudah statik dan mahu seorang jurulatih dan corak latihan baru bagi meningkatkan tahap permainan kami.\r\n\n\n\n\r  “Jadi, kami sudah berbincang dan mengutarakan cadangan kepada BAM agar Cheh Chang dapat membantu meningkatkan semula prestasi dan kami harap ia tidak disalah tafsirkan sebagai kami tidak mengenang budi serta menghargai sumbangan dan pengorbanan Rexy,” kata Kien Keat, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Peminat badminton negara menuduh pasangan itu seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila berita mengenai tindakan mereka yang menuntut BAM menggantikan Rexy didedahkan susulan keputusan mengecewakan di Kejohanan Dunia di Wembley, awal bulan lalu.\rSejak dilatih Rexy pada 2005, pasangan itu pantas menggegar dunia pada zaman kegemilangan 2006 serta 2007 dan antara kejuaraan utama yang dimenangi mereka adalah Sukan Asia 2006, Seluruh England 2007 serta Super Siri Masters Final 2008. \rNamun, sejak kebelakangan ini, prestasi pasangan itu kian merosot walaupun mara ke final Sukan Asia dan Kejohanan Dunia tahun lalu serta Seluruh England Mac lalu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057077 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list