CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 16

Muka matador robek ditanduk lembu

[Copy link]
Post time 11-10-2011 07:29 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by HaMiZiE at 11-10-2011 07:31


PADILLA yang terjatuh ditanduk lembu dalam gelanggang di Zaragoza, Sepanyol


                     PADILLA


ZARAGOZA: Gambar menunjukkan seorang matador ditanduk seekor lembu jantan menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada mukanya.

Tanduk haiwan seberat 679 kilogram itu menembusi muka Juan Jose Padilla, dari rahang bawah hingga ke lesung matanya dan timbul di sebelah biji matanya yang tersembul.

Lebih 20,000 penonton melihat kejadian ngeri itu sambil lembu berkenaan mengangkat naik Padilla dengan tanduknya yang tersangkut pada muka matador itu.  

Kejadian berlaku selepas Padilla tergelincir ketika melakukan persembahan di gelanggang di Zaragoza, Sepanyol.

Dia dikejarkan ke hospital dengan mukanya berlumuran darah sambil dia meraung: “Saya tidak boleh melihat. Saya tidak nampak apa-apa.” Padilla, 39, menjalani pembedahan selama lima jam selepas cedera teruk pada mata, tulang, otot dan kulit muka.

Doktor, Simon Sanz dan Nadal Cristobal berkata, pakar bedah menggunakan kepingan titanium dan jejaring untuk membentuk semula muka matador itu.  

Pembantu gelanggang, Vincente Yesteras berkata, Padilla bernasib baik kerana tanduk lembu itu tidak menembusi otaknya. - DM (Extracted from Harian Mterok)

Aku lebey kasihan kan lombu tue.... diseksa... ingatkan game ni dah diban dah kat Spain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 08:16 AM | Show all posts
hayoooo scary nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:25 AM | Show all posts
adoiii. . kesian kat kedua2 nya. .
pasni matador x jadik matador dah. . . sib baik x jadik matidor. .
klu ader tiket free pun ai xnak tgk benda ni, giler mereka bermain ngan nyawa sendiri..



teringat kt bideo klip madonna , take a bow .. ader matador
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:35 AM | Show all posts
nak cakap padan muka kang kasar sgt!!

sian kat menatang 2, xda nya dia gnggu lau x wat bnda bodoh kat dia!!

vongoks nya manusia!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:58 AM | Show all posts
suka ler aksi2 ganas nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 10:34 AM | Show all posts
Reply 1# HaMiZiE

tak silap pengharaman game ni tahun depan baru berkuatkuasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2011 12:11 PM | Show all posts
adoiii. . kesian kat kedua2 nya. .
pasni matador x jadik matador dah. . . sib baik x jadik matidor ...
iszablack Post at 11-10-2011 08:25



    huhhhu cekci sangat bideo tuh .. wpun ai suka
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 06:47 AM | Show all posts
padan muke...
pembalasan setimpal utk lembu2 yg dh mati di cucuk sblum neh
tau plak meraung sakit ehh...x tau lembu2 tu pun lg saket kene seksa abis bdn kene cucuk smpai mati...
mmg padan muke matador neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 11:17 AM | Show all posts
sukan yang paling takut aku nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 12:28 PM | Show all posts
saper suruh seksa binatang mcm tu...sengaja cari pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 02:00 PM | Show all posts
senang ati aku mendengar berita nih...padan muke ko :@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 03:27 PM | Show all posts
he deserved it.. adan uke..seksa menatang lgik
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 03:30 PM | Show all posts
Matador pun dah banyak menganiaya lembu kan..
sesekali bagi derang rasa lak...
sakit tak sakit kena tikam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 07:08 PM | Show all posts
padan muka:re:aku salah seorang manusia kat muka bumi nih yg menentang permainan sengal camnihh....hari tuh bacer dah ban kannn menda nihh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 02:46 AM | Show all posts
baru saja diban.. mungkin cite ni yang lama kot.. mak aku penah tgk live kat spain this games, mmg dia kalih belakang, kesian sgt kat lembu2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 05:49 PM | Show all posts
saper suruh seksa tu binatang, dapat balasan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 10:33 AM | Show all posts
padan muka......:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.479378 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list