CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16741|Reply: 46

Gambar bogel mayat Raja Pop didedahkan

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:50 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR bogel mayat Michael Jackson didedahkan dalam perbicaraan kes kematiannya di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak pendakwa raya menunjukkan gambar mayat Raja Pop, Michael Jackson dalam keadaan bogel semasa perbicaraan doktor peribadi Jackson, Conrad Murray, memasuki minggu ketiga kelmarin.
Murray, didakwa kerana menyebabkan kematian Jackson dengan memberi dos berlebihan ubat bius kuat, propofol kepada penyanyi legenda tersebut.
Ketika perbicaraan berlangsung, gambar mayat Raja Pop dengan bahagian kemaluannya dihitamkan ditunjukkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini.
Terdapat beberapa kesan lubang halus di kedua-dua tangan dan kaki iaitu tempat ubat bius propofol dimasukkan ke dalam badannya menerusi tiub perubatan.
Ibu Jackson, Katherine yang turut hadir pada perbicaraan itu, dilihat bergegas keluar dari bilik mahkamah sebaik sahaja gambar mayat anaknya didedahkan, dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anaknya dalam keadaan menyedihkan.
Semasa gambar tersebut ditunjukkan, pendakwa raya menyoal koroner, Dr. Christopher Rogers yang memeriksa mayat Raja Pop selepas kematiannya pada Jun 2009 berhubung kemungkinan Jackson sendiri menyuntik dos tambahan propofol ke dalam badannya.
"ada pendapat saya, penggunaan sendiri ubat propofol tidak menyokong kematian Jackson," kata Rogers.
Menurutnya, kemungkinan yang berlaku adalah Murray terlebih memberikan ubat propofol kepada Jackson untuk membantu dia tidur.
Murray memberitahu polis dalam sesi soal siasat yang diperdengarkan di mahkamah pada minggu lalu bahawa dia beredar dari katil Jackson selama dua minit pada 25 Jun, 2009 untuk ke tandas.
Sekembalinya dari tandas, dia mendapati penyanyi itu sudah tidak bernafas.
Rogers bagaimanapun berkata, dalam jangka masa sesingkat itu, Jackson yang sudah dipengaruhi ubat bius tidak mungkin dapat menyuntik lebih banyak propofol melalui tiub yang dimasukkan di kakinya sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti sebelum Murray kembali.
"Senario yang diceritakan Murray kurang munasabah," kata Rogers kepada mahkamah.
Menurutnya, dia sebaliknya percaya doktor peribadi itu tersilap memberikan dos propofol semasa cuba menidurkan Jackson.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini dijangka berlangsung selama lima minggu sehingga akhir bulan ini. Murray boleh dipenjarakan selama empat tahun sekiranya dia didapati bersalah kerana membunuh tanpa sengaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 10:19 AM | Show all posts
ooo so gambar ni dah spread all over the world la ye...sgt la aib kepada si mati....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:38 AM | Show all posts
cemana nak RIP bila gini jadinya..hidup susah, mati pun susah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:50 AM | Show all posts
Kesian MJ
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 12:12 PM | Show all posts
tu yg merah kat dada tu ape? luka ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 12:24 PM | Show all posts
apasal luka kat dada dia tu??? scary tgk ya... cian pun ya.... tgk badan dia mcm byk luka2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2011 02:43 PM | Show all posts
apasal luka kat dada dia tu??? scary tgk ya... cian pun ya.... tgk badan dia mcm byk luka2...
veriton77 Post at 13-10-2011 12:24


ntah la... tiba2 byk luka kt badan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 03:34 PM | Show all posts
Kurusnye MJ..nampak terseksa sngt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 03:58 PM | Show all posts
kecian nyer MJ. dah mati pun kena aib gak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 04:38 PM | Show all posts
punyerlah susah nak tidur..sampai kena ambik ubat bius...??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 04:45 PM | Show all posts
kurusnyer....
kesian pulak nengok gambar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 05:26 PM | Show all posts
hidup terseksa...mati pun seksa gek...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:12 PM | Show all posts
RIP MJ ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:45 PM | Show all posts
susah jd org glamour,,
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 11:58 AM | Show all posts
Sedih tgk keadaan jenazah @ mayatnya.. x tau nk kata jenazah @ mayat.. kejap ada yg claim dia Islam, ada yg menafikan.. walau apapun, mmg kesian kt dia, smasa hayat x bahagia, mcm2 dugaan yg memalukan nama dia, dh meninggalkan pun, masih dimalukan sebegitu.. andaikata dia seorang Islam, smoga Allah mengampunkan dosa2 dia dan meletakkan dia bersama mreka yg beriman krn banyaak jasa dia smasa hayatnya membantu mreka yg susah, menggembirakan mreka yg sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 12:20 PM | Show all posts
kesianya... cam ni skali mayat diaibkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 01:28 PM | Show all posts
mayat dia nampak mcm org tido je, nampak tenang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 02:31 PM | Show all posts
gile omputih ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 05:01 PM | Show all posts
susahnya jd org glamer, dah mati pun tak RIP lg
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 07:30 PM | Show all posts
kesian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 1.161190 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list