View: 2166|Reply: 3
|
Kamera mini unik dicipta
[Copy link]
|
|
SAN FRANCISCO - Kamera mini Lytro dan boleh disimpan dengan mudah di dalam poket ini dicipta untuk membantu individu yang tidak dapat fokus semasa mahu mengambil gambar.
Ini kerana fungsinya agak berbeza dengan kamera biasa kerana anda tidak lagi perlu khuatir jika gambar yang diambil menjadi kabur.
Gambar yang dihasilkan kamera medan cahaya ini boleh diedit dengan mudah menggunakan komputer untuk menjadikan foto itu lebih menarik dan jelas mengikut titik fokus sepatutnya.
Pengeluar kamera Lytro, Syarikat Silicon Valley memaklumkan ia akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini dan dijual dengan harga pasaran AS$399 (RM1,255).
Ia turut dilengkapi pengesan yang tidak hanya berfungsi untuk merakamkan warna dan lokasi gambar tetapi arah setiap cahaya juga dapat diserap ke dalam kamera.
Gambarnya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) kerana ia akan lebih memudahkan pengguna untuk mengedit titik fokus mengikut kehendak mereka.
Bagaimanapun, beberapa pihak mendakwa tidak semestinya kamera Lytro tersebut menjamin kualiti gambar yang baik kerana foto yang terlalu kabur mungkin sukar untuk diedit.
kredit:sinar harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
di lelong.com rasanya murah je camera macam ni, aku pon ade beli satu yg model key chain kereta, |
|
|
|
|
|
|
|
April seorg yg cepat pelupa...nanti entah dimana-mana April letak camera ini. |
|
|
|
|
|
|
|
di lelong.com rasanya murah je camera macam ni, aku pon ade beli satu yg model key chain kereta,
akubaik3 Post at 23-10-2011 11:28
xsama ngn lelong, kamera ni bkn kamera biasa, tapi unik, sebab leh click gmba tu pstu fokus kat mana2..mksudnya dia akan rekod semua gmba pstu kita bole kelik fokus kat mana, extension files .lxp , susah nk cakap , rasanya baik tgk gmba ni dlm pages ni
http://www.engadget.com/2011/10/19/lytro-introduces-worlds-first-lightfield-camera/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|