CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2709|Reply: 8

Bila Banyak Duit, Organ Dalaman Pun Mampu Dituai.....

[Copy link]
Post time 23-10-2011 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Tiga doktor 'tuai' organ  dipenjara


RIO DE JANEIRO - Tiga doktor di Brazil didapati bersalah membunuh empat pesakit dengan mengeluarkan organ mereka yang kemudian digunakan dalam beberapa pembedahan pemindahan organ di sebuah klinik swasta untuk golongan elit.
Hakim Negeri Sao Paulo, Marco Montemor menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan enam bulan masing-masing terhadap Dr. Rui Sacramento, Dr. Pedro Torrecillas dan Dr. Mariano Fiore.  Sacramento dan Torrecillas didakwa melakukan pembunuhan kerana mengeluarkan kedua-dua ginjal beberapa pesakit dan menyediakan organ tersebut untuk dipindahkan.  Fiore yang merupakan seorang pakar bedah saraf pula didakwa bersama seorang konconya kerana tersilap mengisytiharkan beberapa pesakit mengalami mati otak dan meluluskan pengeluaran organ mereka.

Seorang lagi pakar bedah saraf yang didakwa dalam kes berkenaan, Antonio de Carvalho Monteiro meninggal dunia tahun lalu.
Sacramento pengsan apabila hukuman dibacakan pada Khamis lalu manakala anggota keluarga mangsa-mangsa kes tersebut saling berpelukan selepas keputusan mahkamah akhirnya memihak kepada mereka. Kes itu disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai amat rumit kerana mengambil masa selama 25 tahun sebelum penghakiman dapat dibuat.  Pendakwa raya negeri Sao Paulo, Marcio Friggi de Carvalho memberitahu, kes itu timbul pada 16 Disember 1986 apabila ketua sekolah perubatan Universiti Taubate menyedari sebuah hospital gabungannya melakukan beberapa pembedahan pemindahan ginjal tanpa pengetahuannya. Kalume kemudian memeriksa rekod berkaitan pembedahan-pembedahan tersebut dan menemui unsur-unsur mencurigakan.

Beliau seterusnya melakukan siasatan terhadap pasukan doktor berkenaan dan menyerahkan bukti yang ditemui kepada Majlis Perubatan Persekutuan iaitu agensi yang memantau dan mengeluarkan lesen amalan perubatan kepada doktor-doktor perubatan di Brazil, kata Carvalho. Kes tersebut katanya diambil alih pihak polis sehingga membawa kepada penangkapan keempat-empat doktor berkenaan. "Mereka membedah pesakit, mengeluarkan ginjal mereka dan menghantarnya," kata Carvalho. - AP



p/s:   Kuasa Duit memang hebat.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 09:13 PM | Show all posts
perghhh..org bijak byk helahnyee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 09:41 PM | Show all posts
perghhh..org bijak byk helahnyee
shiraloveyou Post at 23-10-2011 21:13


Byk auta kan shira......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 09:44 PM | Show all posts
Byk auta kan shira......
jazaa Post at 23-10-2011 21:41



    tu la,jd bijak salah,jd bodoh pn salah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 10:21 PM | Show all posts
25 tahun..
pehhhhhhhh..
mmg rumit sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2011 10:31 PM | Show all posts
25 tahun..
pehhhhhhhh..
mmg rumit sgt..
batmana Post at 23-10-2011 22:21



Nak dakwa orang pandai....memang payah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2011 04:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by tengkuhasan at 27-10-2011 16:19

hmmm kejam benar tuh manusia


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 07:52 PM | Show all posts
aduh.. kejamnya...
sanggup membunuh orang utk mengambil organ dalaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 10:53 PM | Show all posts
mcm-mcm laa.....nak duit punye pasal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053053 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list