View: 119|Reply: 0
|
KLHC raih gelaran berganda
[Copy link]
|
|
KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terpaksa menerima tentangan sengit daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum bergelar juara berganda dalam final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.\rSelepas TNB membuka dua jaringan pada minit ke-5 menerusi Faisal Saari dan Amir Farid Ahmad Fuzi (m-8), KLHC bangkit menyerlah pada babak kedua dengan jaringan Mohd Ameerullah Abd Aziz pada minit ke-59.\r\n\n\n\n\r TNB terus memberi tekanan menerusi Faisal, Amir Farid Ahmad Fuzi dan Firhan Ashaari tetapi gagal mencari gol tambahan untuk menjarakkan kedudukan buat menebus luka lama selepas tewas di tangan KLHC pada Piala Sumbangsih 2-1, musim ini.\r\r\n\n\n\n\n KLHC yang enggan menyerah kalah, akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi pemain berpengalaman, Chua Boon Huat sebelum Muhammad Razie Abd Rahim memastikan gol kemenangan, sekali gus hadiah wang tunai bernilai RM60,000.\rSebelum itu, dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, Sapura menewaskan Maybank 3-0 untuk meraih habuan bernilai RM30,000. \rBabak kedua menjadi penentu apabila tiga gol keramat dihasilkan Sapura menerusi Mohd Faizal Daud (m-52), Azreen Rizal (m-61) sebelum Izwan Firdaus Tajuddin melunaskan penalti strok pada minit ke-70.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|