View: 90|Reply: 0
|
Villas-Boas tabik Chelsea
[Copy link]
|
|
LIVERPOOL: Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas kagum dengan semangat anak buahnya yang mengembalikan keceriaan selepas beberapa hari suram dengan kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam pusingan keempat Piala Liga kelmarin.\rChelsea terpaksa bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada QPR Ahad lalu, yang menyaksikan kapten England John Terry dituduh mencaci Anton Ferdinand manakala bos Chelsea pula bakal berdepan denda kerana bertindak agresif kepada pengadil, Chris Foy.\r\n\n\n\n\r Terry, yang disiasat FA di atas dakwaan berkenaan, tidak diturunkan di Goodison Park, tetapi ketiadaannya tidak menghalang Chelsea daripada merakam kemenangan dramatik ke atas Everton.\r\r\n\n\n\n\n Nicolas Anelka terlepas sepakan penalti untuk meletak pelawat di depan tetapi Salomon Kalou memastikan peluang seterusnya – akibat kesilapan penjaga gol Everton, John Mucha – disempurnakan dengan mudah.\rEverton turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila sepakan penalti Leighton Baines diselamatkan Petr Cech yang masuk menggantikan Ross Turnbull selepas penjaga gol itu dibuang padang kerana menjatuhkan Tim Cahill.\rLouis Saha bagaimanapun menyamakan kedudukan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan yang menyaksikan Daniel Sturridge meledak gol pada minit ke-116 untuk kemenangan Chelsea.\r“Kami sangat komited, menunjukkan kekuatan karakter dan semangat juang tinggi sekali lagi,” kata Villas-Boas. “Kami kehilangan seorang pemain, menjadikan permainan sekali lagi sukar buat kami tetapi kami berjaya menukarkannya kepada kemenangan. Itu petanda baik buat kami.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|