|
Jemput peminat saksikan persembahan di Atmosphere 360RAJA pop, Jamal Abdillah, 53, sedia ‘menggempur’ peniaga yang menjual album cetak rompak Raja Pop 2 bersama-sama wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP) dalam tempoh terdekat.\n\n\n\nWakilnya, Ali Razak Mestor, berkata isu penjualan cakera padat (CD) haram album baru penyanyi terbabit dikesan hanya selepas dua minggu ia berada di pasaran awal bulan ini mengundang rasa terkilan apatah lagi kos pembikinan album terbabit menggunakan tabungan sendiri.\n\n\n\n\n“Peminat menghubungi Jamal dan susulan daripada maklumat berkenaan, dia sendiri meninjau beberapa lokasi yang dikatakan menjadi sarang edaran terutama di sekitar Lembah Klang.“Sudah pasti Jamal kecewa. Album yang belum dilancarkan itu dicetak rompak pada harga yang tidak munasabah malah pihak bertanggungjawab itu juga cukup licik apabila menampilkan gambar muka album sama seperti yang asli,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mewakili penyanyi berkenaan dalam majlis sidang media persembahan Satu Malam Bersama Jamal Abdillah di Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur. Hadir sama Pengarah Urusan merangkap Pegawai Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir dan Pengarah Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Datuk Khairi Aseh.\n\n\n\nTerdahulu Raja Pop 2 adalah kesinambungan album kompilasi Raja Pop yang dihasilkan pada 2003 dengan meraih jualan 150,000 unit dan Raja Pop 2 menampilkan rangkaian lagu era 50-an dan 60-an seperti S Effendy, Yopie Latul dan tidak terkecuali Rahim Maarof.Antara dendangan yang dimuatkan adalah Jangan Kau Rayu, Bahagia Sementara, Lagu Rindu, Rayuan Maut, Perasaan, Tangisan Di Waktu Malam, Rundung Derita, Secupak Dua Cupak dan Manis.Album yang menyaksikan Jamal selaku penerbit eksekutif itu juga menampilkan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi hip hop terkenal, Malique berjudul Aku Maafkan Kamu yang berentak dance.Sementara itu bagi persembahan yang bakal berlangsung pada 11 November ini, secara tidak langsung ia antara simbolik permulaan operasi restoran berputar di puncak menara yang kini di bawah kendalian Asian Kitchen dengan dekorasi serta nama baru, Atmosphere 360.Bakal tampil bersama enam dendangan termasuk daripada kompilasi terbaru, Ali terlebih dulu menitipkan salam kemaafan berikutan ketiadaan penyanyi terbabit pada majlis itu dek faktor kesihatan.Bagi Mohd Sabri, pemilihan penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu sebagai pembuka tirai persembahan di Atmosphere 360 cukup tepat apabila beliau sentiasa dekat di hati peminat sekali pun sudah lebih tiga dekad bergelar penghibur.Status Jamal yang berada pada kelas tersendiri juga antara faktor yang mendorong pengurusan Asian Kitchen memilihnya menyerikan malam penuh nostalgia sekali gus membawa pengunjung meneroka keistimewaan restoran berkenaan sambil menghayati dendangan.“Hanya dalam tempoh enam minggu kerja pengubahsuaian keseluruhan dekorasi ruang dilaksanakan dan sudah pasti kita mahu pengunjung menikmati segala yang terbaik termasuk sajian serta panorama menarik dan pemilihan Jamal memang kena pada masanya,” katanya.Mengikut perancangan, acara dijangka bermula dengan majlis makan malam seawal jam 7.30 malam disusuli kemunculan penghibur berkenaan kira-kira sejam kemudian.Sebanyak dua meja VIP yang memuatkan 10 orang untuk pada kadar RM15,000 manakala tempat duduk lain hanya dikenakan RM1,000 namun masih berpeluang mengikuti persembahan artis pujaan mereka secara ekslusif.“Mungkin ada yang tertanya-tanya soal harga namun jika diperhalusi ia lebih kepada dekat dengan penghibur terbabit kerana anggaran pengunjung kira-kira 150 orang saja. Sudah pasti hanya yang istimewa berpeluang makam malam bersama Jamal Abdillah pada ketinggian 282 meter,” ulasnya lagi. Keterangan lanjut atau tempahan tempat boleh diajukan ke 03-20202121.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|