|
Hai-O antara pemain dikaitkan menyarung jersi skuad Tentera\rDETIK meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia baru bermula, tetapi perkembangan terbaru dalam skuad Negeri Sembilan harus membantutkan suasana ceria itu serta mengundang gelisah di kalangan peminat setia skuad Hoben Jang Hoben.\r\n\n\n\n\r Ini kerana pasukan kesayangan mereka dikendali Azraai Khor Abdullah itu mungkin hilang beberapa tonggak yang dilaporkan akan ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukan itu bagi menghadapi musim depan.\r\r\n\n\n\n\n Antara nama dikaitkan bakal berpindah termasuk penyerang sensasi, Hairuddin Omar yang menjaringkan gol kemenangan ketika membantu Negeri Sembilan menjulang piala keramat itu buat kali ketiga dengan membenamkan negeri kelahirannya Terengganu 2-1 di final Piala Malaysia, Sabtu lalu.\rPenyerang yang dikenali dengan Hai-O itu dikaitkan akan menyertai Tentera dibimbing bekas jurulatih negara dan Kelantan, B Sathianathan.\rHairuddin mengakui kontraknya bersama Negeri Sembilan akan tamat bulan ini, tetapi dia masih belum membuat keputusan sama ada bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan PBNS atau menyertai pasukan lain. \r“Memang saya ada menerima beberapa tawaran termasuk tawaran baru dari PBNS, tetapi saya belum buat keputusan. Saya akan perhalusi setiap tawaran itu sebelum membuat keputusan muktamad,” kata pemain kelahiran Setiu itu. \r\n\n\n\n\rTurut dikaitkan akan menyertai Tentera yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana ialah pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus.\rPemain tengah berpengalaman, Idris Karim dikatakan meminta pelepasan untuk beraksi bersama negeri kelahirannya, Johor.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|