View: 2045|Reply: 14
|
Dianggarkan 4 juta tan sampah terhimpun di Bangkok
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by perang_sivil at 8-11-2011 10:05
SEORANG penduduk (kiri) berdiri di atas beg pasir di depan kedai menjual patung Buddha di daerah Bangkok Yai di Bangkok, Thailand, semalam. - AGENSI
BANGKOK 7 Nov. - Pihak berkuasa Bangkok akan perlu mengangkut tiga hingga empat juta tan sampah apabila banjir yang menenggelami kira-kira 60 peratus daripada ibu negara Thailand ini surut.
Lori sampah di bandar raya ini tidak dapat masuk ke sesetengah kawasan banjir sejak berminggu-minggu lalu dan kemungkinan tempoh sebulan lagi diperlukan untuk air surut sepenuhnya, lapor akhbar The Nation hari ini.
Kira-kira sembilan juta penduduk yang terjejas akan mengeluarkan kira-kira 500 kilogram sampah setiap seorang sepanjang bencana itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran, Worrasart Apaipong.
"Buat masa ini penduduk disarankan supaya memastikan segala jenis sampah berada di atas paras air," katanya.
Cadangan itu mungkin sukar dilakukan oleh sesetengah penduduk yang tinggal dalam keadaan rumah mereka ditenggelami air melebihi semeter sejak berminggu-minggu lalu.
Penduduk Bangkok juga menghadapi tugas besar untuk membaiki kereta mereka.
Kira-kira 500,000 kenderaan yang separuh tenggelam akan memerlukan sekurang-kurangnya penukaran bateri dan minyak hitam, kata Worrasart.
Thailand dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun pada musim monsun ini.
Air limpahan dari kawasan dataran tengah menakung di sebelah utara Bangkok dan sedang mengalir perlahan-lahan ke pusat bandar hari ini dalam pergerakannya ke laut, menurut Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai.
Sementara itu pakar memberi amaran, Bangkok yang dibina di atas tanah paya kini mendap perlahan-lahan dan banjir yang melandanya sekarang mungkin membayangkan senario lebih buruk pada masa depan disebabkan kesan perubahan iklim.
Metropolis ini terletak hanya 30 kilometer ke utara Teluk Siam, di mana pakar meramalkan paras laut akan naik 19 hingga 29 sentimeter menjelang 2050 akibat pemanasan global.
Jika tiada tindakan diambil untuk melindungi bandar raya ini, sebahagian besar Bangkok akan berada di bawah paras laut dalam tempoh 50 tahun, kata pakar perubahan iklim di Universiti Chulalongkorn, Anond Snidvongs. - dp/AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by perang_sivil at 8-11-2011 10:14
Harap-harap patung ni tidak kelemasan |
|
|
|
|
|
|
|
xtenggelam lak patung itu~ |
|
|
|
|
|
|
|
patung tu besar dan tinggi tu. tu pasal tak tenggelam. wonder if that thing hapen in KL. |
|
|
|
|
|
|
|
patung tu besar dan tinggi tu. tu pasal tak tenggelam. wonder if that thing hapen in KL. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# winamp05
k.l ni hujan lebat skit pun dah banjir jem sana sini.. kalau banjir besar mcm ni.. x tahu la.. lumpuh kut semuanya {:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 banjir nie sebenarnya membersihkan kawasan tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo banjir dan air surut ngan cepat tak apa...
masalahnya... kalo banjir dan lepas tu air bertakung...
macam macam penyakit boleh terhasil lepas tue |
|
|
|
|
|
|
|
pelik la..hujan dh xdak..air tak surut2..apa maslahnya Bkk ni..?air x mengalir ke haper?xkan tanah x serap air2 tu kasik surut sikit..ni makin terok plak... |
|
|
|
|
|
|
|
4 tan tu berapa kg ye? |
|
|
|
|
|
|
|
bangkok air naik banyak sebab seluruh dunia dok hantar "air" pi sana... kat danok pon mcm tuh jugak.... hari2 org malaysia eksport "air' pi sana... awatnya tak bahhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# hanakikan
1 tan = 1k kg,jadi 4 tan bersamaan 4k kg kalo x silap.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik la..hujan dh xdak..air tak surut2..apa maslahnya Bkk ni..?air x mengalir ke haper?xkan tanah x ...
cicicumel Post at 9-11-2011 23:09
allah membalas apa yg thailand lakukan kekejaman di pattani |
|
|
|
|
|
|
|
membersihkan kota yang penuh maksiat....... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pendudukthailand tabah dengan ujian Allah S.W.T.... tak payah la berdangka buruk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|