CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83|Reply: 0

Berat badan cetus masalah

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA terus menguasai pentas terjun di Palembang apabila mengutip dua lagi pingat emas menerusi pasangan Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee-Traisy Vivien, di Pusat Akuatik Jakabaring, Palembang, semalam.\rNamun bagi penerjun veteran, Ken Nee, 28, masalah berat badan berbeza terus menjadi isu kerana pada berat badan 70 kilogram sedangkan Bryan hanya 54 kg, mereka perlu membaiki kelemahan itu dalam laluan untuk menghadiahkan emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.\r\n\n\n\n\r   “Masalah utama kami ialah ketika melakukan lompatan, seorang akan melompat lebih tinggi berbanding seorang lagi kerana berat badan yang jauh berbeza. Jika di kejohanan antarabangsa, perkara itu akan menyebabkan mata dipotong,” kata Ken Nee yang sebelum ini bergandingan dengan Rossharisham Roslan.\r\r\n\n\n\n\n   Pasangan itu mempertahankan pingat emas di Laos 2009 apabila mengumpul keseluruhan 392.31 mata, jauh meninggalkan pasangan Filipina, Nino Carog-Jaime Asok (342.99) dan Andriyan-Akhmad Sukran Jamjami dari Indonesia (332.40).\rBryan, 21, berkata dia merasakan saingan yang diberikan negara lain lebih kurang berbanding temasya sebelumnya, mungkin disebabkan beberapa penerjun mengalami kecederaan.\r“Saya pun tidak tahu mengapa mereka meletakkan darjah kesukaran yang rendah kerana bagi kami, kami sudah biasa dengan darjah kesukaran tinggi,” katanya yang berharap dapat mempertahankan emas acara 10m platform individu hari ini. \rPada sebelah petang, Mun Yee dan Traisy yang bergandingan dalam acara 10m platform seirama wanita menambah pungutan emas apabila keseluruhan 306.6 mata dalam saingan  tiga negara itu, meninggalkan Indonesia (268.62) dan Myanmar (155.73).\r\n\n\n\n\r“Mulanya agak gementar tetapi saya buat macam biasa. Inilah pencapaian terbesar saya di peringkat antarabangsa dan menghadiahkan kemenangan ini kepada ayah (Tukiet Kent) dan ibu (Nila Jinggot) yang banyak mendorong saya,” kata Traisy, 17, yang sebelum ini hanya meraih perak acara 10m platform individu pada temasya lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057921 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list