|
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) akan menjawab dan menjelaskan segala persoalan berkaitan kontroversi membabitkan kuartet 4x400 meter lelaki, menurut presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.\r“Saya tak dapat menjawab hari ini (semalam). Jangan hanya salahkan KOAM dengan kontroversi ini,” katanya.\r\n\n\n\n\r Pasukan 4x400m - S Kannathasan, P Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasaleh yang meraih pingat emas terlepas peluang menerima pingat masing-masing kerana pulang ke tanah air dengan penerbangan yang dijadual lebih awal.\r\r\n\n\n\n\n Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika mengulas perkara itu baru-baru ini berkata KOM harus memberi penjelasan insiden berkenaan kepada orang ramai.\rShahidan yang ditemui berkata, beliau akan menjawab perkara itu di Kuala Lumpur dan berharap dengan penjelasan itu, tiada pihak akan menuding jari kepada KOAM.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|