CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4904|Reply: 32

Lelaki tua edar makanan untuk penduduk miskin

[Copy link]
Post time 23-11-2011 09:07 AM | Show all posts |Read mode

SEBUAH pelastik yang mengandungi baki makanan restoran dibawa Hunter Halder untuk diberikan kepada penduduk miskin di Lisbon pada hujung bulan lalu.



LISBON, Portugal - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di sini, Hunter Halder yang berusia 60 tahun akan mengedarkan lebihan makanan restoran dengan percuma kepada penduduk miskin yang ditemuinya pada setiap hari.
Halder akan pergi ke restoran dengan menunggang sebuah basikal untuk mendapatkan bekas plastik yang mengandungi lebihan makanan untuk diedarkan kepada penduduk miskin.
Dia kemudian meminjam kereta milik sukarelawan untuk menghantar makanan tersebut.
Seramai 80 anggota sukarelawan dan 30 buah restoran menyertai projek menghantar lebihan makanan tersebut yang dirintis oleh Halder sejak Mac lalu.
Antara makanan yang diedarkan itu ialah daging, sup, nasi dan ubi kentang.
Halder mampu mengedarkan makanan itu untuk 100 orang setiap hari.
"Saya tidak boleh hidup tanpa Hunter. Sebelum saya mengenalinya, saya pernah tidak makan selama beberapa hari," kata seorang lelaki berusia 55 tahun, Celeste Castanho yang menerima lebihan makanan yang dibawa Hunter itu.
Dia hanya menerima elaun kebajikan bulanan sebanyak 300 euro (RM1,289) untuk keluarganya setiap bulan.
Menurut Hunter, dia melancarkan projek itu yang dikenali sebagai Re-Food bagi membantu penduduk miskinkerana krisis kewangan yang melanda Portugal. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2011 09:08 AM | Show all posts
Muliyanya... sukar nak cari dermawan mcm ni... semoga mendapat taufik dan hidayah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:12 AM | Show all posts
waaa baik nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:14 AM | Show all posts
mcm kat m'sia pun ader persatuan yang wat cam tu... bagi mkn setiap pagi pada masyarakat gelandangan.... niat lelaki ni mulia... semoga dia diberi hidayah suatu hari nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:53 AM | Show all posts
sokong aktiviti nih...
selalu tengok restoran/kedai makan buang je lebihan makanan setiap hari...
ada bagusnya bagi kat orang yang tak bernasib baik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 09:59 PM | Show all posts
kalo kat malaysia....
pi restaurant... order makanan cukup utk 5 orang.. tp yang makan 2 - 3 orang jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2011 10:08 PM | Show all posts
kalo kat malaysia....
pi restaurant... order makanan cukup utk 5 orang.. tp yang makan 2 - 3 orang  ...
HaMiZiE Post at 23-11-2011 21:59


Malaysia ni dah terlebih-lebih makanan mizie....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 10:14 PM | Show all posts
Reply 7# jazaa

haah...tu ar...
contoh terbaik... time bulan posa....
ngan buffet segala buffet... ngan param... etc...
time berbukak jer... beli bermacam macam juadah, seolah olah tu ler hari terakhir mereka menjamah makanan.. aleh aleh tak habiss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 11:15 PM | Show all posts
baik pakcik ni.. smoga lebih ramai org yg baik mcm pakcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:41 AM | Show all posts
mcm kak tom, pahtu diwarisi sopiya..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:00 AM | Show all posts
Kalau di negara kita ada ke org nak makan sisa org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:05 AM | Show all posts
kalau dah laapo.. makan ajer.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:25 AM | Show all posts
Kalau di negara kita ada ke org nak makan sisa org lain?
zorrro_03 Post at 24-11-2011 10:00


Bukan sisa zorro.....
Tapi lebihan makanan....iaitu makanan yang di masak berlebihan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:37 AM | Show all posts
mulianya hati org ni..kat sini kalo x habis, restoren tu sanggup buang dari sedekah kt org.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 11:41 AM | Show all posts
Bukan sisa zorro.....
Tapi lebihan makanan....iaitu makanan yang di masak berlebihan...
jazaa Post at 24-11-2011 11:25



    ooo lebihan makanan.. rasanya mereka lebih rela buang dan bagi kucing/anjing makan dari bagi free pada yg hidup susah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 12:18 PM | Show all posts
Bukan sisa zorro.....
Tapi lebihan makanan....iaitu makanan yang di masak berlebihan...
jazaa Post at 24-11-2011 11:25



    pernah dengar group spt ni kumpulkan makanan lebihan dari restoran dan packing makanan tu kemudian edar kepada org miskin.  murni sgt mereka n.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2011 12:20 PM | Show all posts
mulianya hati org ni..kat sini kalo x habis, restoren tu sanggup buang dari sedekah kt org.
mayong Post at 24-11-2011 11:37



    jgn kata makanan.  saya biasa tgk penjual buah2an buang buah2 epal oren etc2 melambak2 sebab tak laku.  depa rela buang dari jual murah atau sedekah pada org susah.  nampak sgt sikap busuk hati dan kapitalis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 12:25 PM | Show all posts
jgn kata makanan.  saya biasa tgk penjual buah2an buang buah2 epal oren etc2 melambak2 seb ...
zorrro_03 Post at 24-11-2011 12:20


Agaknya diorang kata, dari bagi kat orang, lebih baik buang sbb nanti orang tanak beli, tunggu untuk dapat free je.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 12:29 PM | Show all posts
Agaknya diorang kata, dari bagi kat orang, lebih baik buang sbb nanti orang tanak beli, tunggu u ...
jazaa Post at 24-11-2011 12:25



    kapitalis mmg mcm gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 02:43 PM | Show all posts
mulianya hati dia....
pernah jugak tgk kat astro..seorang tua yg memang akan pergi ke kedai2 kumpul bahan2 mentah seperti sayur, buah yg kurang elok utk diberi kepada golongan yg kurang bernasib baik...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.192471 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list