|
Tewas kepada Tsonga dalam saingan kumpulan Jelajah Dunia ATPLONDON: Bekas pemain nombor satu dunia Rafa Nadal mengakui dia bergelut sejak kebelakangan ini untuk mengembalikan semula \'keghairahan\' dalam tenis selepas Jo-Wilfried Tsonga menyingkirkannya daripada saingan peringkat kumpulan Jelajah Dunia ATP Final, kelmarin.\rPemain Sepanyol berusia 25 tahun itu mengakhiri 2010 dengan mendominasi saingan tenis lelaki selepas melengkapkan karier Grand Slam tetapi sejak memenangi mahkota keenam di Terbuka Perancis Jun lalu, tahun ini amat mengecewakannya.\r\n\n\n\n\r Kekalahan 7-6, 4-6, 6-3 kepada pemain Perancis itu hadir dua hari selepas dia tumbang kepada musuh tradisinya Roger Federer dan dia jelas gagal mempamerkan sentuhan berbisa dalam permainannya.\r\r\n\n\n\n\n Nadal, yang hanya beraksi tiga pertandingan sejak tewas kepada Novak Djokovic dalam final Terbuka Amerika Syarikat, antara kekalahan menyakitkan tahun ini kepada pemain nombor satu dunia dari Serbia itu, memberi penjelasan dalam sidang akhbar yang penuh sesak.\r\"Serius, saya boleh bercakap mengenainya selama satu jam,\" kata juara 10 kali Grand Slam itu.\r\"Ia disebabkan banyak perkara yang berlaku. Mungkin kerana saya kurang ghairah terhadap permainan, mungkin saya agak keletihan berbanding biasa. \r\"Saya gembira dengan latihan sejak tiga minggu lalu. Tetapi, untuk bersaing saya jelas belum bersedia. Kita boleh mencari alasan, kita boleh mencari masalah tetapi ini bukan masa terbaik untuk bercakap mengenainya.\r\n\n\n\n\r\"Dalam kerjaya anda, anda mempunyai masa berada di atas dan kemudian di bawah. Ketika ini bukan masa terbaik saya.\" - Reuters \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|