CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Macau: Chong Wei tarik diri

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
\'Habis angin\' selepas bergelut di Terbuka Hong Kong, Shanghai\rCURAHAN keringat di Hong Kong dan Shanghai kini jelas mencengkam kedua-dua aspek mental dan fizikal Lee Chong Wei.\r\n\n\n\n\r  Semalam, pemain nombor satu dunia itu membuat kejutan menarik diri daripada aksi badminton Terbuka Macau gara-gara keletihan dan sekali gus tidak berpeluang untuk mencatat gelaran hatrik kejuaraan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n “Dia (Chong Wei) mengumumkan menarik diri pada awal pagi tadi (semalam) atas sebab kepenatan,” kata pengurus besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh secara ringkas ketika dihubungi semalam.\rChong Wei, pilihan pertama yang sepatutnya menentang Avihingsanon Suppanyu pada perlawanan pertama, semalam memberi kemenangan percuma kepada pemain Thailand itu atas alasan kepenatan selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Hong Kong dan Terbuka China sebelum ini.\rJagoan negara muncul juara berturut-turut kejohanan itu sebelum ini apabila menewaskan rakan senegara, Wong Choong Hann pada final edisi 2009, manakala tahun lalu beroleh kemenangan percuma selepas pemain Korea Selatan, Lee Hyung Il menarik diri pada saat-saat akhir menjelang aksi final.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list