CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4117|Reply: 23

Jatuh sakit selepas gigit testis biri-biri

[Copy link]
Post time 11-12-2011 09:42 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG pengembala mengasi seekor biri-biri menggunakan giginya dalam program realiti Amerika Syarikat (AS), Dirty Jobs.



CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.
Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.
Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.
Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.
Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.
Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2011 09:42 AM | Show all posts
Padan muka..khianat kat binatang.. gigit la testis sendrik
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 11:04 AM | Show all posts
tu bangang namanye.....buat lagi bnda pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 11:18 AM | Show all posts
Tu namanya takde penyakit cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 11:22 AM | Show all posts
diorg gune cara tradisional,
ada sebabnye, cara yg baru pakai plastik ke apa, kepit testis tu, tapi dh seksa binatang tu, smpai terenjut2 kambing tu jalan.

dlm dirty jobs ada tunjuk kambing biiri2 yg  pakai kaedah tu, pstu tunjuk kambing biri2 yg gune gigit ni.. bole nmpk yg pakai kaedah baru tu seksakn binatang tu tuk beberapa ari.

tapi..pada aku mmg kotor pakai cara gigit ni..haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 03:09 PM | Show all posts
Rasain......

kasihan kat kambeng tu...kalo nak kasi pun, pakai ar teknik yang lebih berperikemanusiaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2011 07:28 PM | Show all posts
laaahai..nape la tak hantar doktor je...susah2 je..kan dah susah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 08:27 PM | Show all posts
kenapa nak di buang testis kambing tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 12:46 AM | Show all posts
itulah balasan org yg fikir pakai nafsu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 02:08 PM | Show all posts
apa dosa kambing tu sampai nak kasi dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 02:16 PM | Show all posts
punya la nak save... eeei.. pengotor... padan kan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 03:58 PM | Show all posts
buuekkk...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 06:05 PM | Show all posts
huh..manusia skrg pelik2 perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:23 AM | Show all posts
Padan muka... org jahat terima la balasan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 09:11 AM | Show all posts
kot ye pon nk gigit, kumur la dgn listerine ke ape ke.. mcm la yg awk gigit tu bersih sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 10:44 AM | Show all posts
gigit testis???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 11:23 AM | Show all posts
aper lah takder kerja
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 11:32 AM | Show all posts
geli....!!!!!!!!!!!!!!!! uwweeekkk...!!!!!!!!!!!!!

mengasi tu apa..? mandulkan kambing tu ka...?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 12:02 PM | Show all posts
sian kt biri2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 12:21 PM | Show all posts
So kalau nak kembiri manusia, bole jugakle di gigit teloq sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.341876 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list