CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Ayat Kursi mujarab halang godaan syaitan

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MASYARAKAT Melayu Islam di rantau ini  secara tradisi  mengamalkan bacaan Surah Yasin sebagai pendekatan  memohon keberkatan Allah. Begitu jugalah dengan kelaziman membaca ayat Kursi.\rJika diamati dengan pemahaman mendalam, ayat Kursi yang mempunyai 170 huruf itu mengandungi pengajaran akidah, khususnya akidah terhadap sifat Allah yang berbeza dengan sifat seluruh makhluk ciptaan-Nya. Apabila seseorang mukmin memahaminya secara jelas dan tepat, akan terhindarlah daripada anasir  khurafat dan tahyul  yang menyelubungi kehidupan manusia kini.\r\n\n\n\n\r Daripada  6,666 ayat  al-Quran, ayat Kursi berada pada kedudukan tertinggi menjadikannya  hadiah teragung buat umat Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan selepas berlaku  hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dan diriwayatkan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi beribu-ribu malaikat disebabkan kemuliaannya.\r \r\n\n\n\n\n  Pada kala itu, syaitan dan iblis gempar kerana  ada halangan buat mereka untuk menyesatkan manusia. Atas faktor kemuliaan dan kehebatan ayat Kursi itu, maka Rasulullah SAW mengarahkan Zaid  Thabit  menulis dan menyebarkannya kepada semua  Muslimin.\rApakah bukti amalan membaca ayat Kursi dikatakan sangat mujarab menghalang godaan syaitan dan jin. Kisah dialami   sahabat Rasulullah SAW menjadi sandaran kukuh  membenarkannya. Satu kisah dilaporkan ayah Abdullah  Ubay sebagai pengukuh mustajabnya pembacaan ayat Kursi dijadikan rutin harian.\rDikisahkan, pada suatu malam ketika  melihat kebun miliknya, ayah Abdullah   terserempak haiwan  seakan-akan anak  baru baligh. Dia mengucapkan salam dan dijawab makhluk itu. Dengan  kehairanan ayah Abdullah bertanya: “Siapakah kamu? Adakah kamu  jin atau manusia? Dengan ringkas makhluk itu menjawab: Aku daripada golongan jin.”\rAyah Abdullah  meminta jin itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia terkejut  tatkala melihat tangan jin itu berbulu seperti anjing, lalu bertanya: “Apakah begini keadaan  jin diciptakan? Kata jin itu: “Ya. Bahkan ada  lebih buruk daripada ini.” Komunikasi dua makhluk Allah itu bersambung.\r\n\n\n\rTanya ayah Abdullah: “Apakah yang mengundang kamu ke mari wahai jin?” Maka jawab jin: Sampai berita kepadaku  kamu seorang dermawan. Jadi, aku mahu mendapatkan sedekah daripadamu.”\rAyah Abdulllah terus  bertanya lagi: “Jika benar, aku  ingin bertanya kepadamu, apa yang dapat melindungi kami daripada godaanmu? Dengan nada tegas, jin itu tanpa berselindung berkata: “Ayat Kursi”.\rKeesokan hari, ayah Abdullah  berjumpa Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang berlaku. Selepas mendengarnya,  Rasulullah SAW berkata: “Apa  dinyatakan jin itu benar, tetapi dia tetap makhluk  kotor.” (Hadis riwayat al-Hakim)\rSebelum tidur, kita  digalak membaca ayat Kursi kerana Rasulullah SAW  mengamalkannya, Allah akan mengurniakan keselamatan kepada diri dan jiran. \rSelain itu, sebagai pendinding rumah atau kedai daripada kecurian,  disarankan membaca ayat Kursi  sebagai ikhtiar  dengan izin Allah.\rHal ini  pernah diamalkan  Abdul Rahman  Auf yang mengatakan, apabila  masuk ke  rumahnya, maka dibaca ayat Kursi pada empat penjuru sebagai langkah keselamatan dan pelindung daripada syaitan.\rImam Ibnu Qayyim menceritakan: “Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemui  doktor atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha  menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan kedua-dua ayat tersebut berulang kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan yang menakjubkan. Seterusnya aku mempraktikkan kaedah itu untuk mengubati pelbagai penyakit dan  merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku khabarkan kepada orang ramai  agar menggunakan kaedah  sama.”\rIni berlaku dengan izin Allah dan kita seharusnya menggunakan cara  sama sebagai pendekatan alternatif dalam mengubat penyakit. Ayat Kursi  adalah ayat Allah yang hebat dan mujarab dalam amalan perubatan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.272110 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list