CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2

[Copy link]
Post time 15-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SERAMAI 100 penyair dan penyanyi lagu rakyat bakal memeriahkan Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2 di Pulau Pangkor pada 17 dan 18 Disember ini.\rPengarahnya, Mohamed Ghozali Abdul Rashid, berkata festival itu bakal menghimpunkan peserta dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.\r“Penyair yang bakal mendeklamasikan puisi di Dataran Pangkor ialah Sasterawan Negara (SN), Prof Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah; Penerima Anugerah Penulisan SEA 1995 dan 2010, Suhaimi Muhammad dan Zaen Kasturi, selain penyair dari Brunei Darussalam, Zefri Ariff.\r\r“Persembahan lagu puisi dan rakyat disampaikan oleh Siso, Ramli Sarip, Roslan Madun dan Jiji, selain Aceh Pustaka Indatu, Setanggi Timur serta Langkat dari Indonesia; Wayang Gedek (Thailand) dan Grup Lagu Rakyat Orang Asli Tapah, Bah Loth,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\n\rMohamed Ghozali berkata, festival itu turut menampilkan tokoh akademik, media dan seni, iaitu Naib Canselor, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU), Prof Datuk Dr Hashim Yaacob; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Kumpulan BH/BM, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Datuk Rahim Razali.\r“Sempena festival itu juga, kami turut menganjurkan Forum Penyair Sebagai Penyambung Suara Generasi di Dewan Puteri Bayu, Pulau Pangkor, pada 17 Disember yang menampilkan Prof Ahmad Kamal; Zefri, Rahman Shaari dan Zainal Ariffin Aka.\r“Keesokannya pula Bicara Buku, Suara Pelaut karya Zambry AK juga diadakan di tempat sama yang menampilkan Prof Madya Dr Abdul Rahman Napiah; Prof Madya Dr Tatiana A Denisova; Prof Dr Sohaimi Aziz dan Mohamed Shahidan,” katanya.\rMenteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan merasmikan festival itu dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, akan menyempurnakannya.\r\n\n\n\rAcara anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) itu, turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU); Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera Perak, Majlis Perbandaran Manjung dan International Council of Organisations of Folklore and Folk Arts (CIOFF Malaysia).\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full catalogue baju raya LR???
aysia19Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full c
Views : 13006 Replies : 58
Anak sulung kahwin si bongsu pasangan paling ideal.Anda setuju?
YgBenarAnak sulung kahwin si bongsu pasangan pa
Views : 9964 Replies : 42
Tandas duduk vs Tandas cangkung
YgBenarTandas duduk vs Tandas cangkung
Views : 15221 Replies : 16
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 15268 Replies : 148
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 352517 Replies : 8717
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 72114 Replies : 391
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 43014 Replies : 82
Your Bucket List
chesfaYour Bucket List
Views : 50140 Replies : 127
Gempar Katil! Jufazli Kini Perangi Idolanya Sendiri!!! ~ Gudbai PMX
tumpanglalu74Gempar Katil! Jufazli Kini Perangi Idola
Views : 24624 Replies : 9
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 108942 Replies : 2937

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list