CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Sikap cuma penting diri tutup pintu pahala manusia

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Berkongsi pengetahuan, kesenangan  dikurniakan  bantu golongan memerlukan pertolongan\rDALAM hidup ini kita tidak boleh terlalu berkira kerana ibarat roda, ada kala kita di atas dan tiba masanya dengan kehendak Allah, kita mungkin berada di bawah. Pada saat itu, jika tidak bersedia berdepan perubahan, kita bakal berdepan pelbagai konflik.\r\n\n\n\n\r  Pastinya kita biasa dengar nasihat, apabila berada di atas, jangan lupa mereka di bawah. Begitu juga apabila diberi rezeki lebih dan kesenangan, jangan lupa berkongsi atau bantu mereka yang memerlukan.\r\r\n\n\n\n\n  Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam membuka jalan kepada mereka yang diberi Allah kelebihan rezeki untuk meringankan beban golongan tidak berkemampuan. Zakat juga menjadi sumber menjana ekonomi, meluaskan peluang pendidikan dan mengeluarkan manusia daripada kesusahan.\rPutaran kehidupan manusia mempunyai hikmah tersendiri. Sesiapa pernah susah dan tiba-tiba diberi peluang membina kehidupan lebih baik akan mudah memahami atau merasai keperitan dilalui mereka yang hidup dalam kemiskinan.\rKeadaan itu menyedarkan mereka supaya tidak lupa diri seterusnya bersedia berkongsi kesenangan dengan orang susah. Tidak dinafikan, ada juga yang apabila sudah senang, mudah lupa diri. Harap-harap kita tidak termasuk dalam golongan itu.\rSebenarnya mereka yang terlalu berkira dalam hidup menutup pintu pahala kerana sikap suka berkira menunjukkan orang itu tidak mempunyai semangat bantu membantu atau bertolak ansur dan hanya mementingkan diri sendiri.\r\n\n\n\rBersaing dalam perniagaan tidak salah tetapi apabila wujud perasaan tidak mahu berkongsi, ini akan mengehadkan peluang orang lain untuk berkembang. Bukannya rugi jika kita berkongsi pengetahuan malah kerjasama boleh mengembangkan minda serta menggalakkan kreativiti.\rDalam perniagaan, siapa yang ringan mulut, rajin mencari dan mencipta peluang akan maju tetapi jika asyik berdengki atau cemburu dengan orang lain, kita tidak akan ke mana. Silap-silap, perniagaan boleh gagal kerana sibuk hendak menjatuhkan orang lain.\rBekerja juga sama, khususnya membabitkan organisasi besar yang memerlukan semangat kerjasama tinggi kerana bekerja secara berkumpulan jika tiada semangat tolong menolong, boleh menimbulkan banyak masalah.\rTidak hairan jika ada yang merasa dibuli, asyik-asyik aku, yang lain tidak pula disuruh. Apabila kerja secara berkumpulan, setiap ahli perlu bersedia untuk membantu apabila diminta dan jika rasa tidak mampu melakukan semua tugas, jangan malu meminta pertolongan orang lain.\rKata kunci ialah kerjasama dan jangan berkira. Lebih utama, melakukan sesuatu itu dengan ikhlas kerana Allah. Hanya dengan niat serta kesedaran itu, apa juga pekerjaan yang kita buat terasa lebih mudah serta bermakna.\rMemang susah hendak memuaskan hati semua orang tetapi itu bukan penghalang bagi kita untuk berusaha dan sentiasa memperbaiki keadaan menjadi lebih baik. Dalam hidup ini akan ada masa kita mengharapkan pertolongan orang lain.\rSebab itu apabila ada yang meminta bantuan, kita tidak boleh bersikap terlalu berkira kerana takut nanti di saat kita memerlukan, orang lain pula berkira dengan kita.\rRasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang siapa memudahkan orang yang dilanda kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)\rAda kala kami berdepan pelbagai kerenah pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Al-Hidayah namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus merancang pembaharuan yang boleh meningkatkan keberkesanan perkhidmatan di masa depan.\rSedaya mungkin mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan dilayan dan mengenangkan kesabaran mereka menantikan giliran, maka waktu operasi Al-Hidayah adalah fleksibel. Maklumlah, ada hari ramai yang datang, ada hari jumlahnya kurang tetapi selalunya memang ramai.\rJika terlalu berkira, kasihan kepada yang datang dan setia menanti giliran. Bagaimana perasaan mereka jika selepas penat menunggu, diminta pulang dan datang lain kali. \rTambahan, yang datang dari jauh, pasti akan kecewa dan silap hari bulan, timbul pula rasa marah.\rAndainya masa tidak mengizinkan, petugas akan memaklumkan pesakit lebih awal supaya membuat temu janji pada tarikh lain. Itu pun ada kala ketelusan kami menimbulkan rasa kurang senang tetapi penolakan terpaksa dilakukan demi kebaikan semua pihak.\rINFO: Masalah autistik\rLewat berkembang dan lambat belajar, baca surah Az-Zumar (ayat 24-37). Amalkan tiga kali sehari atau lebih dan berdoa kepada Allah semoga diberi penyembuhan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.092285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list