View: 214|Reply: 0
|
Kebakaran enjin ranap impian Proton
[Copy link]
|
|
KEBAKARAN enjin pada tiga peringkat sebelum penamat perlumbaan Rali Monte Carlo selama lima hari, mengakhiri penampilan menakjubkan PROTON dalam Kejuaraan Super Rali Dunia (S-WRC), sekali gus memusnahkan harapan untuk menjuarai perlumbaan pembuka musim Kejohanan Rali Dunia (WRC) itu.\rKebakaran itu dikesan akibat kebocoran bahan api di dalam ruang enjin Satria Neo S2000 yang memaksa Per Gunnar Andersson menarik diri pada peringkat 16 sejauh 23.41 kilometer dari Moulinet ke La Bollene Vesubie. \r\n\n\n\n\r “Ada elemen yang anda boleh kawal dan ada yang tidak boleh dikawal dalam perlumbaan seperti ini dan inilah pengalaman yang kami lalui hari ini. Pasukan, terutama Andersson, amat kecewa dengan apa yang berlaku, apalagi kami berada di laluan menjulang kejuaraan,” kata Ketua PROTON Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood. \r\r\n\n\n\n\n “Andersson mengambil pendekatan berhati-hati pada hari terakhir, malah bersedia melepaskan tempat kesembilan keseluruhan kerana tidak mahu fokusnya untuk mencapai kemenangan dalam kategori S-WRC terganggu. \r“Tetapi, inilah realiti rali, dan ia antara faktor utama yang membuatkan Rali Monte Carlo sebagai rali paling mencabar dan sukar diramalkan.”\rAbdul Razak tetap memuji cara pemanduan Andersson yang menyaksikan Satria Neo S2000 menguasai kategori S-WRC sebelum ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|