View: 194|Reply: 1
|
Dengarnya... Menangis sakan kerana Kuch Kuch Hota Hai
[Copy link]
|
|
HUJUNG minggu lalu Cik Normah antara penonton TV3 yang menghabiskan sekotak tisu gara-gara filem Kuch Kuch Hota Hai yang disiarkan menerusi slot Panggung Sabtu. Rupa-rupanya bukan Cik Normah saja yang sanggup melepaskan agenda membeli-belah serta segala macam aktiviti santai semata-mata dek penangan filem Bollywood lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol, rupa-rupanya tiga juta peminat lain sama menyaksikannya pada hari itu.\rDifahamkan daripada rating Nielsen Audience Measurement, filem berkenaan mendapat jumlah tontonan tertinggi iaitu hampir 3 juta (12.9 TVR) atau 57.6 peratus penonton. Nampaknya walau bersilih ganti produk Bollywood dihasilkan, ia belum mampu menandingi kehebatan filem box office yang terus menjadi kegilaan ramai walau sudah 14 tahun berlalu.\r\n\n\n\n\rMasih terbayang lagi betapa hebatnya filem pecah panggung ini tatkala ditayangkan di Malaysia, malah Cik Normah sendiri menontonnya di pawagam sebanyak empat kali, belum campur ulang tayang menerusi DVD. Kalau pita itu boleh bercakap, mahu dia menangis keletihan. Paling kelakar, ramai gadis berasakan diri mereka Anjali kononnya sanggup berkorban demi rakan baik yang kacak.\r\r\n\n\n\n\nMalah waktu itu seingat Cik Normah kebanyakan gadis mengidam mencari kekasih kacak seperti Shah Rukh Khan. Jangan mimpilah dik. Eh, melalut pula Cik Normah. Tapi harap-harap lepas ni TV3 menayangkan banyak lagi filem Bollywood lain yang masih dinantikan seperti Del To Pa Gal Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham, Taal dan macam-macam lagi. Filen Nagin yang pernah meletup pada 1976 pun boleh dipertimbangkan. Gerenti tuan kedai kena tempah lagi tisu banyak.\rOh ya, bercerita fasal sambutan terhadap filem lama, baru Cik Normah perasan, kesukaan peminat masa kini terhadap khazanah retro rupa-rupanya bukan sekadar untuk lagu saja. Kini, filem retro pun kembali mendapat perhatian ya... Tengoklah kat Hollywood tu, banyak judul lama ditayangkan kembali, kini dalam bentuk 3D.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah, mesti ramai akan tgk ulangan movie ni (me included)
dgn promotion besar2an TV3, mmg ramai ar yg bukak tv utk ulang tayang filem ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|