CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12494|Reply: 79

sayang anak tangan2kan

[Copy link]
Post time 22-2-2012 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by TaWaR at 23-2-2012 09:35

salam

terbaca topik nie rase sesuai kot letak kat sini,
maaf mod kalau tajuk nie x sesuai kat sini...

ape pendapat forumer2 yang laen tentang pendapat di bawah nie?

http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/menghina-kekasih.html


Mar 7, 2011Menghina Kekasih orang?

(jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih )

Satu hari, ketika sedang berhenti ‘tapau’ beli makanan dekat warung tepi jalan, dua orang anak lelaki aku telah bermain sambil berlari lari sehingga begitu hampir di jalan raya, aku melihat dengan cemas tapi tak mampu mencegah anak anak lelaki aku tu sebab tangan kiri dan kananku, masih ada dua lagi baki anak yang perlu di jaga, lebih kecil dan lebih aktif.., isteriku yang sedang memilih lauk, sesekali melihat dua anak lelakiku dengan jelingan tajam agar mereka berhenti bermain di tepi jalan.

Di tepi jalan itu juga, ada seorang pakcik yang sedang menyapu sampah di tepi jalan, lalu beliau memarahi anak anakku yang dua orang tu agar berhenti bermain di tepi jalan.., tapi anak aku buat bodoh jer dan terus bergurau sedang kereta sibuk lalu lalang..

Tiba tiba pakcik tu ketuk kepala anak aku dengan batang penyapu, seorang sekali ketuk, tidaklah kuat, tapi cukup buat anak aku berhenti bermain dan kembali kepangkuan ibunya.., ternyata, isteriku tidak senang dengan tindakan pakcik tu, lalu menggosok kepala anak anakku, sedang dahinya berkerut..

Akupun serahkan dua lagi anakku kepada isteriku dan terus menuju pantas ke arah pakcik tu..
Setelah aku berbicara beberapa patah perkataan dengan pakcik itu, maka aku kembali kepada isteriku, dan bertanyalah isteriku..

Abang cakap apa dengan pakcik tu?”

“Abang cakap, terima kasih kerana pukul anak kita..”

“Tak patut dia pukul kepala, marah sahaja cukuplah” kata isteriku tak puas hati..

“Abang pun nampak, dia ketuk sikitjer.., tak sakitpun, anak kita tu tak dengar cakap, elok kena pukulan mengajar..”

Aku berhenti telan air liur, dan berkata:

“Lagipun, eloklah kena pukul sebelum kemalangan, jika dia di langgar lori, baru nak ketuk kepala dengan penyapu, dah tak guna dah..”

Woha!

Isteri aku gelak dan akupun mencubit perut anakku sebagai tambahan kepada kesalahan mereka..

Jadi, hari ni aku nak ajar korang, jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita..
Kenapa Mak bapak jenis tu aku panggil bangang?!

Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bangang!

Masa aku kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak aku cakap aku ni nakal usik anak dia, mak aku terus ucap terima kasih, dan pukul aku depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan aku, itulah yang mak aku lakukan..

Tapi ada jugak jiran aku, bila mak aku mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak aku, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..

Sekarang, mak aku dan jiran aku tu pun dah arwah, dan aku tengok, anak jiran aku tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)

Dan hari ini, aku tengok ramai mak bapak yang bila kita mengadu salah anak mereka, di makinya kita, tak boleh terima keturunannya buat silap konon, apa punya bangang?!

Dalam iklan TV mencegah panggilan palsu 999, di tunjukkan babak operator menelefon seorang ibu memberitahu supaya nasihat anak kepada si ibu tadi agar jangan dial nombor 999 secara suka suka, tapi si ibu ni marah pulak dekat operator kerana tuduh dia tak pandai jaga anak, pulak?!!

Jangan rosakkan masa depan anak anak kita, jika salah hukumlah.., dan jika ada orang lain mengadu, ucaplah terima kasih kerana dalam dunia ini, masih ada orang yang sayang pada anak-anak kita..

Korang tahu kenapa ramai mak bapak bangang dalam hal sebegini?

Ini adalah kerana sikap tak boleh dikritik, dan rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik anak mereka, pada pandangan si bangang ini, seolah mengkritik diri mereka, aduhai.., anak buat salah, orang tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan anak sewaktu masih boleh dibetulkan..,

Aku tahu korang sayang pada anak korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul, Lukman Nur Hakim yang bijaksana selalu pesan, “anak tidak dapat tidak perlu dihukum, seperti kebun perlukan air” atau pepetah melayu lama; “sayang anak, tangan tangankan..,” atau pepatah keretamayat.

“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”

Aku ulang:

“Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”

Anak korang adalah salah satu ‘kekasih’ korang, korang sayang mereka.., tapi sayanglah dengan cara yang betul.., yang mana jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih..

Janganlah jadi ibu bapa yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(anak) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..

Sama jugak, jangan jadi suami yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(isteri) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..

Sama jugak, jangan jadi pengikut yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(pemimpin) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..

Faham?!

Ini yang aku nak cerita hari ni, korang ada ‘kekasih’, yang mana ‘kekasih’ korang dah buat silap, lalu aku kritik, dan tegur akan kesalahan ‘kekasih’ korang, tapi korang yang bangang, serang aku, kutuk aku balik, dan pertahankan ‘kesucian’ (suci?) kekasih-kekasih korang, sehingga kekasih korang dan korang sendiri menjadi bodoh sombong, dan terus menerus hidup dalam kejahilan..

Korang tahu siapa ‘kekasih’ korang yang korang marah sangat aku kritik kesalahan mereka?

Baca sajer entry lama, aku kririk PENIAGA SYSTEM PIRAMID, korang marah, aku kritik ORANG FORWARD EMAIL BODOH, korang marah, aku kritik ORANG YANG TAKSUB DENGAN PARTI, korang marah, aku kritik ORANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI, korang marah, aku kritik ORANG DAKWAH BIDAAH, korang marah, aku kritik USTAZ KEGEMARAN PARTI KORANG, korang marah, aku kritik ORANG PERASAN UNIK, korang marah, aku kritik ORANG SUKA GUNA FATWA KAUM BERUK, korang marah, aku kritik PAK PANDIR MODEN, korang marah, aku kritik orang yang ada syndrome mumayiz down, korang marah, aku kritik PARTY XYZ, korang marah, dan lain lain..

Kenapa korang marah? Sebab korang rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik ‘kekasih’ korang, pada pandangan korang yang mudah bengang ini, seolah mengkritik diri korang, aduhai.., ‘kekasih’ buat salah, aku tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan ‘kekasih’ sewaktu masih boleh dibetulkan..,

Aku tahu korang sayang pada ‘kekasih’ korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul,

“jika ada orang menegur kesalahan ‘kekasih’ kita, ucapkanlah terima kasih”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2012 11:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by TaWaR at 23-2-2012 09:37

sambungan dari page atas...

Janganlah jadi ibu bapa yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(anak) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..

Sama jugak, jangan jadi pengikut yang bangang, yang akan pertahankan semua kesalahan ‘kekasih kekasih’(pemimpin) mereka, sehingga kekasih mereka menjadi bodoh sombong, dan akhirnya membawa mereka ke neraka..

Muawiyah r.a di zaman pemerintahanya telah buat kenyataan, bahawa harta Baitu Mal dia yang punya, siapa berani bantah, sila jumpa belakang pintu, lalu satu orang pakcik telah berdiri membantah, dan Muawiyah arahkan pakcik ni pergi belakang pintu, orang rami dah panic dah.., dan di belakang pintu, Muawiyah R.ahu, telah peluk pakcik ni, ucap terima kasih kerana di zaman pemerintahannya, masih ada yang berani tegur, sebab Nabi dah bagitahu, jika jadi pemimpin yang rakyat tak berani tegur, maka celakalah.., begitu lebih kurang..

Maka, korang yang telah korbankan masa bersama ‘kekasih’ korang, sehingga diri menjadi buta dalam bercinta, dan anggap kekasih korang tu sempurna tak ada salah.., lalu bila ada yang kritik ‘kekasih’ korang terus melenting dalam komen dan blog, apa punya bodoh ‘kekasih’ korang dapat kekasih macam korang pun aku tak tahulah..

Kes ni sama macam cerita drama melayu, mak bapak tak bagi kahwin dengan kekasih korang yang suka hisap dadah, lalu cerita kebururukan kekasih korang agar masa depan korang selamat, tapi korang bangang, nak jugak kekasih korang yang bertaraf sampah masyarakat, (sebab korang dah banyak korban untuk dia), bila dah kahwin, malam malam suami pukul mintak duit nak beli dadah, baru menyesal, dulu orang nasihat tak nak dengar.., bodoh!

Sama jugak ‘korang’ yang aku tulis dalam blog ni, korang nak berjuang ugama, lalu korbankan diri dengan parti so call islamiclah, email forwardlah, MLM lah, teori konspirasi lah, dan apa kejadah lagi, lalu bila aku nasihat, kritik dan kutuk kesalahan kekasih korang, mulalah melenting, marah dan emosi..

Padahal, aku sayang korang, aku tak nak masa depan korang hancur...

Hampeh!

Fahamilah perasan ibu bapa yang menasihati anaknya tentang jodoh apabila anaknya nak berkahiwn dengan orang yang rosak akhlak, mak bapak bukan dengki, tapi sayang..

Maka, sama dengan aku, aku tak dengki dengan korang, aku sayang..

Maaflah, sebab aku kutuk dan hina kekasih korang selama ini, buat korang bengang!..,

Apa nak buat, dah Kekasih korang tu memang bangang!

Apa lagi nak di kata!

Woha!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:22 AM | Show all posts
ha..ha...bagus thread ni TT...
Ai kalau orang tegur anak ai...memang ai cakap Terima kasih....
pernah my neighbour bagitau dia tegur anak ai sbb nampak dia ikut kawan2 main kat CC...ai kata:" Terima kasih lah Nora, akak tak tau"....balik rumah, my son kena piap.....tapi ai tak bagitau sapa yang cakap....

Sejak hari tu, my son takut nak buat apa sbb ada "radar" yang sentiasa memerhati......
kalau dia buat apa pun, sooner or later memang kantoi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 11:29 AM | Show all posts
ha..ha...bagus thread ni TT...
Ai kalau orang tegur anak ai...memang ai cakap Terima kasih....
per ...
jazaa Post at 22-2-2012 11:22


payah nak dapat ibu bapa yang sanggup terima anak mereka di tegur. apatah lagi diri mereka..

    care macam nie hanye sesuai untuk anak2 yang belom sampai umur akil baligh @ berakal.. kalau dah berakal tetap terima kaseh kat org yang tegur tu tp x boleh marah anak2 direct kat situ.. kene pakai psikologi @ kaedah kaunselling..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:43 AM | Show all posts
http://al-munir.edu.my/tips_pilihan.html

Teknik menghukum anak.

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:44 AM | Show all posts
1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2012 09:44 AM | Show all posts
2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:44 AM | Show all posts
3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 09:45 AM | Show all posts
4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:45 AM | Show all posts
5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:45 AM | Show all posts
6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:45 AM | Show all posts
7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:46 AM | Show all posts
8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:46 AM | Show all posts
9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:46 AM | Show all posts
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:47 AM | Show all posts
Tips HARMONI & BAHAGIA.

H A R M O N I :

H - Hormat menghormati
A - Ambil berat
R - Ramah
M - Mesra
O - Okey
N - Ngam
I - Ikhlas

B A H A G I A :

B - Badan sihat
A - Akal sempurna
H - Hati baik
A - Anak-anak
G - Gurauan
I - Intim
A - Amalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 09:48 AM | Show all posts
Most beautiful word.

Most beautiful word = ALLAH
Most beautiful song = AZAN
World's perfect encyclopedia = AL-QURAN
Best exercise = PRAYING
Best diet = FASTING
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:48 AM | Show all posts
Kesilapan ketika menegur anak.

Bagi mereka yang telah mempunyai cahaya mata tentu memahami betapa sukarnya untuk mengawasi tingkah-laku anak-anak, terutamanya dalam 'usia nakal' mereka. Ketika dalam peringkat usia ini, sifat ingin tahu dan ingin mencuba sedang giat berkembang.

Sebagai ibu bapa, kita tentu tidak mahu melihat anak-anak kita terjebak ke dalam aktiviti tidak sihat seperti gangsterisma atau perkara-perkara yang boleh memudharatkan seperti bermain api dan sebagainya. Kita juga ingin mengawasi pergaulan anak-anak kita agar tidak bergaul dengan golongan yang rendah akhlaknya. Dalam usaha kita memainkan peranan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kadang-kala kita tersilap dari segi kaedah menegur anak-anak kita. Akhirnya, niat baik kita bertukar menjadi mimpi buruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:49 AM | Show all posts
Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika menegur anak ialah dengan menggunakan ayat yang berbentuk negatif. Contohnya, "kenapalah awak ni malas sangat nak baca buku?". Kritikan sedemikian jika diulangi selalu akan menjadi kenyataan. Ini kerana perkataan ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa yang makbul. Dari segi psikologi, kritikan yang negatif akan membentuk minda anak yang negatif. Jadi, jangan persalahkan mereka jika mereka benar-benar menjadi malas!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 09:49 AM | Show all posts
Kesilapan kedua ketika menegur ialah kita asyik menegur berulang-ulang kali tetapi tidak memastikan anak mengikut teguran kita. Contohnya, kita menyuruh anak yang sedang menonton televisyen pergi bersiap untuk bersolat, kita mesti memastikan mereka terus melakukan arahan kita. Jangan mengulangi arahan tersebut beberapa kali. Ini kerana teguran yang sama beberapa kali akan menjadi leteran.

Teguran yang berkali-kali tanpa merubah tingkah-laku anak-anak boleh membawa dua kesan besar. Pertama, mungkin anak akan benci kepada leteran ibu bapa. Kedua, sifat hormat anak-anak kepada ibu bapa akan berkurangan.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu konsisten menegur anak-anak yang melakukan kesalahan yang sama. Contohnya, jika hari ini kita tegur anak yang sedang bermain mancis, jika esok dia bermain lagi kita mesti menegur juga. Teguran yang tidak konsisten akan menyebabkan anak keliru. Semalam tidak boleh, hari ini boleh pulak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.100916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list