|
Sejarah pengebirian terjadi sudah lebih dari 4000 tahun silam. sejarah menyebutkan, pengebirian dengan sengaja berasal dari Kota Lagash di Sumeria (Parsi). Mereka yang dikebiri umumnya budak laki2 dijadikan hamba.
Orang kasim adalah laki2 yang dikebiri (castrated) alias kehilangan kesuburannya karena buah pelirnya telah dibuang. Dalam bahsa Inggris, orang kasim disebut eunuch, dari kata dalam bahasa Yunani, eune (“tempat tidur”) dan ekhein (“menjaga”). Jadi kata ini berarti “penjaga tempat tidur”.. dengan status mereka rendah, dengan mudah digantikan atau dibunuh tanpa menimbulkan kehebohan.
Dalam kebudayaan yang mempraktikkan harem dan orang kasim, mereka kadang-kadang digunakan sebagai pelayan harem (dibanding kaum perempuan sebagai pengawal odalisque atau seraglio).
The Head Eunuch of the Harem at the Topkapi Palace, Constantinople A black eunuch with some 'members' of the sultan's harem
Para kasim ini biasa ditempatkan di istana maharaja Akhemenid dari Persia atau Firaun dari Mesir. Keberadaan mereka sama pentingnya dengan harem-harem yang didatangkan dari berbagai penjuru daerah. Jumlah mereka separuh dari jumlah harem yang ada.
Eunuch in the Harem
Perbandingannya satu kasim menjaga beberapa harem. Tujuan para hamba atau budak dikebiri adalah untuk dijadikan pelayan. Walau pekerjaan domestik yang mereka lakukan nampaknya rendah, seperti membereskan tempat tidur, memandikan raja, memotong rambutnya, membuang kotorannya atau bahkan menyampaikan pesan-pesan untuk raja; mereka sangat berpengaruh kepada raja.
mereka berfungsi sebagai “telinga raja”, dan karenanya dapat memberikan kekuasaan kepada hamba yang rendah namun dipercayaii.
Di zaman china kuno, pengebirian merupakan salah satu, bentuk hukuman tradisional (hingga Dinasti Sui) dan sarana untuk mendapatkan pekerjaan di kalangan istana maharaja. Ketika Dinasti Ming berakhir tahun 1644, tercatat ada 70 ribu orang kasim di istana . Sementara di beberapa tempat lain, pengebirian dilakukan karena kepercayaan terhadap sect. Seperti para pengikut sect Skoptzi dari Rusia pada abad ke-18. Anggota-anggotanya menganggap pengebirian sebagai cara untuk menolak dosa-dosa jasmani
[size=100%]
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dahsyatnya, kesian sida2 istana aka eunuch ni
-ni satu bentuk kezaliman |
|
|
|
|
|
|
|
kira ba*ang ngan telor memang kena kerat abes la nie.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus thread ni mengingatkan aku kepada satu buku yang aku pernah baca dulu pasal sida istana terakhir maharaja China yang bernama Sun Yaoting.
Dia ni berasal dari keluarga yang miskin, ayah dia sendiri yang potong kemaluan dia dengan harapan Yaoting jadi sida istana & mengubah kehidupan mereka. Ini kerana sida istana mempunyai pengaruh yang kuat di istana dan sesetengah daripada sida ini menjadi kaya & berpengaruh. Lebih-lebih lagi keluarga Yaoting ni selalu kena buli dan dihina oleh kelas pertengahan.
Selepas dipotong, alat kemaluan dia dijerukkan di dalam balang kerana kepercayaan mereka bahawa Yaoting akan menjadi lelaki sejati semula di alam barzarkh jika alat kemaluan yang dijeruk itu ditanam bersama mayatnya. Salur kencing dia disumbat dengan bulu angsa agar saluran itu tidak tersumbat selama proses pemulihan luka berlaku. Dia koma selama beberapa hari selepas itu.
Yang sedihnya, tak berapa lama dia jadi sida, maharaja china turun tahta kerana revolusi china. Semua pengorbanannya adalah sia-sia semata. Dia mati ketika berumur 94 tahun di sebuah kuil terbiar yang menjadi rumahnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah dikembiri ni orang tu masihkah ada nafsu cuma takde kaedah untuk salurkan atau terus tiada nafsu terus? |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca buku the last empress ada citer pasal kasim gak, kasim yang menjaga maharani boxer... kasim itu cakap dia punya kemaluan dijaga oleh tukang potong tu, so nanti pastu bila ada duit diaorang akan tebus balik sebab diaorang nak mati dalam keadaan sempurna |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu, air kencing kasim nie berbau and diaorang xleh tahan kencing... teringat lak pengalaman pas kena sunat first time kencing... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu, air kencing kasim nie berbau and diaorang xleh tahan kencing... teringat lak pengalaman p ...
B.K Post at 26-2-2012 00:39
ada ke air kencing yang tak berbau |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke air kencing yang tak berbau
eve_6 Post at 26-2-2012 09:22
lagi berbau lah... jika penah sunat diaorg tahulah mcm mana lepas sunat bau dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# 7teen
I think so...
TT, ada cerita sejarah pasal orang kasim di Malaysia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# B.K
OOO...good info. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Jabatan Perubatan Forensik, hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amil
Menurut Ketua Jabatan Perubatan Forensik, hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amil, tradisi kuno ini memerlukan tahap pengorbanan yang paling tinggi bagi seorang lelaki. Ini kerana, seorang lelaki telah menafikan haknya terhadap hubungan kelamin sepanjang hayat apabila kemaluan mereka dipotong. Dengan kata lain, mereka tidak lagi dapat merasai nikmat seks, apatah lagi mempunyai zuriat atau pewaris.
Jelasnya, sebelum wujud teknologi moden, proses kembiri dilakukan melalui satu proses yang sangat berhati-hati. Kemaluan seorang lelaki termasuk buah zakarnya diikat sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir. Keadaan itu dibiarkan beberapa hari sehingga alat sulit itu rosak. Kemudian, barulah ia dipotong sepenuhnya.
Untuk mengelakkan pendarahan, mereka akan menyapu abu di kawasan tersebut serta menancap bulu angsa pada salur kencing. Bulu angsa tersebut akan dicabut beberapa hari kemudian, dan sekiranya seseorang itu mampu kencing secara normal, proses kembiri dianggap berjaya. Jika tidak, seseorang itu akan menjadi cacat dan akan mati akibat keracunan kencing yang tidak boleh keluar. Bagi wanita pula, proses kembiri adalah dengan cara menutup kemaluan.
Bagaimanapun, menurut Dr. Nizam, ramai yang keliru apabila menganggap orang yang telah di‘kembiri’ tidak lagi mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual. Perkara tersebut tidak selalunya benar kerana seorang lelaki yang tiada kemaluan masih mampu mengalami ereksi dan melakukan hubungan seksual. Bagaimanapun, mereka tidak mampu mengakibatkan kehamilan.
Sehingga kini, amalan tersebut masih lagi di jalankan di beberapa wilayah dunia seperti di India, Bangladesh dan China. Kebanyakan mereka yang mengamalkan tradisi ini memberi alasan bahawa ia adalah tuntutan kerohanian.
Sumber : http://darkofmystery.blogspot.com/2011/05/derita-kemaluan-mereka-dipotong.html
P/S : Masih dijalankan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gila zalim arrr... yang kena sunat jek pun dah meraung, inikan pulak kena kerat abis.
disaster wooo... |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh bayang hidup tanpanya |
|
|
|
|
|
|
|
kat korea pon ada eunuchs ni dulu2..diorang dipanggil naeshi..biasa jadik servant kat rumah royal |
|
|
|
|
|
|
| |
|