CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 0

Xinhua - AS dan Eropah kini “melindungi cita-cita” untuk menguasai Syria

[Copy link]
Post time 27-2-2012 02:04 PM | Show all posts |Read mode


Saya petik:


[HM] BEIJING: Media rasmi China semalam berkata, AS dan Eropah kini  “melindungi cita-cita” untuk menguasai Syria di sebalik sikap ingin  membantu mereka.


Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa  kebimbangan Barat terhadap aspek kemanusiaan di Syria sebenarnya  hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ.


Agensi  itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan  Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan.


Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan  campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras  keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap  degilnya.


Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan  itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan  mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria.


“Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria.


”Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang  tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan  ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian  perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur  Tengah,” kata komentar berkenaan.


Kenyataan itu dikeluarkan  selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar  dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin.


Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu  Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata  sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan.


Kedua-dua negara  juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa  veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB.


Bagaimanapun,  Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS,  Hillary Clinton, yang menggesa negara lain “mengubah sikap terhadap  Russia dan China.” - AFP



P/s : mula-mula kene lawan saudara sendiri... lepas tu penjajah akan turun dari langit dan laut... masa tu baru perang sebenar bila wira agung akan turun di menara putih Damsyik.

I Support All Efforts To Protect The Security Of The State Of Israel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051785 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list