View: 10443|Reply: 61
|
Kisah Hidup Ahli PAS Yang Terawal, No 2328
[Copy link]
|
|
Boya tak tau cite ni sesowai utk board LMS ataupun Board LP
kalau tak sesowai, Mr MOD bolehle transfer atau karazs
so sape lagi lama jadi ahli PAS, Wak Leman ka atau TGNA dan Haji Hadi
jugak sesape nak masuk rumi ka jawi ka bole jupe ini Tok Mudim
Kisah Wak Leman Pemegang Sijil Ahli PAS 1953. Posted by Ibnu Hasyim
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
CATATAN SANTAI
LAMA, ku merenung sijil ini. Sijil 'asli' menjadi ahli PAS yang dikeluarkan pada tahun 1953. Sijil kepunyaan Mudim 'Wak Leman', nama yang sudah sinonim dengan masyarakat Sungai Burung, Tanjong Karang, berkhidmat sebagai mudim kampung..
Di sijil ini tertera nama pemegang yang menjadi ahlinya ialah lelaki berumur 86 tahun atas nama Sulaiman bin Hj Zain. Sijil bernombor 2328, yang lebih senang dipanggil Wak Leman.
"Sebenarnya saya dilahirkan pada 1926, tetapi dalam kad pengenalan tertera 1931... maklum masalah IC dulu.. Jadi unur saya yang betul ialah 86 tahun." kata Wak Leman semasa saya dan Encik Zul ke rumahnya dulu semalam.
Ini sijilnya..
"Saya menjadi ahli PAS pada masa Dr Abbas Alias menjadi Yang Di Pertia Agung (YDP)nya." Katanya. Dr Abbas adalah YDP (sekarang Presiden) PAS ke 2, selepas pengasasnya Hi Ahmad Fuad Hasan melepaskan jawatan. Lepas itu Dr Burhanuddin YDP ke 3, seterusnya Dr Asri Hj Muda, Hj Yusuf Rawa, Fadzil Mohd Noor dan Presiden sekarang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Ku renung-renung lagi sijil itu, lambang PAS ialah lambang bulan bintang. Bulan sabit atas tamduknya terdapat bintang lima penjuru. "Sebelum bulan bintang, lambang mula-mula cap tangan." kata Wak Leman lagi. Sekarang tinggal bulan sahaja, kerana ayah si Najib PM kita yang melarangnya, konon boleh mengelirukan tanggapan orang Islam.
Sebelum itu lambang sebuah kesatuan politik Melayu kiri zaman penjajah ialah lambang tangan gemggam penumbuk.
Gambar Wak Leman bersama isterinya.
Wak Leman bersama En Zul yang membawa saya ke rumahnya.
Wak Leman bersama kelengkapan 'mudim' tradisional profesyennya. Pisau kecil bersejarah warisan dari ayahnya lebih 110 tahun, masih sedang digunakan.
Ini, motosikal jenis lama 'HONDA 50' milik kesayangaqn
Ku renung-renung lagi, sijil tu, rupanya asal nama PAS ialah dari tulisan jawi, 'fa alif sim' ertinya Persatuan Islam Se Malaya ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, tertera di sijil itu. Teringat saya semasa tahun 1993 saya ada menulis buku 'PAS 1950-2000, Mampukah Mentadbir Malaysia?", saya merujuk kepada Ustaz Fadzil Presiden PAS ke 6, mengenai tarikh tubuhnya PAS. Beliau memberi tarikh itu.
Sedangkan Allahyarham Ustaz Baharudin Latif abang kepada Subky Latif mengatakan pada 23 atau 24 Sept 1951. Beliau memberitahu saya, beliau sendiri hadir majlis penubuhan itu, dan buktinya masih tercatat dalam diarinya yang beliau simpan sampai sekarang (waktu itu).
Begitulah kira-kira perbualan kami hari itu. Perbualan akan disambung lagi pada jam 3.00 petang hari ini di atas pentas yang boleh ditontoni orang ramai, dalam majlis dalam 'Warga Muda 40an' Karnibal Selangorku, Tanjong karang hari ini. Semua, dijemput hadir.
Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902
Akhirnya, lihat gambar di bawah Wak Leman sedang menghantar kami masa hendak meninggalkan rumahnya hari itu. As-salamu 'alaikum Wak? Jumpa lagi.
Sekian, Wallahu aklam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: [email protected]
Tanjung Karang
1 Okt 11.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nice artikel..sekurang2 nye kite tau asal usul parti tersebut. dolu2 ade sijil erkk...skang ade lagi ker?? (maap x tau sbb x join politik) |
|
|
|
|
|
|
|
kena bayar Rm2 tak macam parti tuh nak jadi ahli.. tahun2 berikutnya otomatik update renew.. tak yah bayar dah....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa awan nano ialah orang pertama ahli PKR... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kongsi sikit Pas Kelantan diasaskan oleh orang Perlis..Amaluddin Darus nama dia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Sebelum bulan bintang, lambang mula-mula cap tangan."
boyagombak Post at 29-2-2012 22:31
tak dapat nak bayang cap tangan tu rupa macam mana.. ada gambar tak? search dlm google xde.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nice info boya..... |
|
|
|
|
|
|
|
masa pas mula-mula ditubuhkan dulu, ramai orang melayu yg ada dwi-keahlian..maknanya dia adalah ahli umno & ahli pas
keadaan tu berterusan sehingga tahun 1955 sampailah umno & pas terpaksa buat resolusi masing2, seseorang tu kena pilih salah satu - umno atau pas..bapak pak lah, hj ahmad badawi memilih utk join umno walaupun pas ditubuhkan di sekolah dia (daeratul maarif)..
bila pas join BN (1970 - 1977), umno mula rasa risau sebab di kampung2 yg kuat umno, pas dah mula menyusup...alih2 cawangan pas bertambah2 sampaikan ada ahli umno yg keluar umno & masuk pas dek kerana "perpaduan" dlm BN...pas diberi kerusi utk bertanding di kawasan yg tak pernah ada cawangan pas..ini salah satu benda yg merisaukan pimpinan umno waktu tu..sebab tu perpaduan umno & pas dlm BN memang takkan lama, sebab bila masing2 dah kuat, masing2 nak tunjuk taiko |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masa pas mula-mula ditubuhkan dulu, ramai orang melayu yg ada dwi-keahlian..maknanya dia adalah ahli ...
iscol_klang Post at 1-3-2012 17:32
owh ptt la...aku ade dengaq yang pas ni ditubuhkan daripada ulama2 umno..sbb ulama2 ni tak setuju dengan pemerintahan bs waktu tu..betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
owh ptt la...aku ade dengaq yang pas ni ditubuhkan daripada ulama2 umno..sbb ulama2 ni tak ...
mrs.senah Post at 1-3-2012 21:09
aku pon ade dgr cmtu gkk..tolong ade sape2 bleh storyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Maklumat sejarah yang amat menarik! |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.... baru tau.... sayang berpisah.. kalo tidak, pas bersatu dgn umno memimpin negara |
|
|
|
|
|
|
|
chantek moto pakcik neyh.....seat zebra lagi.....animal print yawww.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tertarik pasal lambang/logo PAS... ada sesiapa boleh tempek logo PAS dari dulu sampai sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
org2 lama zaman dulu2 mmg patut dihormati tak kira la ahli pas atau umno..........krn masing2 berjuang demi bangsa biarpun berpegang pd ideologi berbeza............tp zaman skrg nih.......sorry to say laa......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# HangPC2
..... kalau la boleh suatu hari nnt jadi kenyataan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# mrs.senah
faktornya bercampur2tp antara yg ketara ialah sikap umno yg 'mesra' dengan judi loteri
dulu2 umno takde duit, so nak dapatkan duit dibuatnya judi loteri, ada persembahan pentas..
itu yg geng2 agama sangat sakit mata
dlm masa yg sama, lepas dato' onn keluar dari umno (1951), ramai pengikut2 dia yg tak setuju dgn kepimpinan baru tunku..
antaranya hj. ahmad fuad hassan, pengerusi biro agama umno
so dia keluar umno & tubuhkan pas
sebab tu ada orang kata, pas ditubuhkan atas agenda peribadi..
ada kebenarannya, sebab lepas pas ditubuhkan, fuad hassan keluar pas & join parti negara dato' onn
tapi bukan fuad hassan je yg hidupkan pas, ramai ulama' yg betul2 komited kekal dlm pas atas sebab no. 1 kat atas tu la, takleh kompromi dgn benda2 mungkar
dulu2 zaman 50'an, 60'an, rilek je kalau aktif dlm pas
dr abbas alias masa jadi presiden pas lepas fuad hassan, dlm masa yg sama kerja kat hospital kerajaan (antara punca dia takleh bagi full commitment & lepaskan jawatan tu kpd dr. burhanuddin helmi masa tahun 1956)
dulu ahli pas dahsyat2, backbone kerajaan...aminuddin baki, ungku omar, tu semua ahli pas
prof. zulkifli muhammad sebelum aktif dlm pas pun jawatan tinggi, setiausaha kolej islam malaya (macam pendaftar UM, UKM la sekarang ni)
maknanya walaupun kerja dgn kerajaan yg dipimpin oleh umno, tp diorang selalu bagi idea kpd ahli2 parlimen pas utk berbahas kat parlimen..
zaman tu dah berlalu sebab sekarang ni, nampak je cenderung pembangkang, cikgu ke, doktor ke, kena pangkah, kena tukar |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu lain sekarang lain, dahulu sorang sekarang berdua......{:4_232:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|