Berikutan jawapan ringkas tokoh pemimpin negara kpd soalan berkenaan 'hudud':
Seluruh negara gempar,
masing² turut beri respon mengikut fahaman tersendiri.
Ada yg menyokong, ada yg bangkang, ada yg memberontak, etc.
Yg pasti bagaimana pula respon kita???
Muslimin & muslimat, sila beri respon kpd bebenang ni ye...sbg perkongsian ilmu.
Memang tak ada pun apa yang dikatakan sebagai undang-undang hudud tu dalam Quran. Kebanyakan undang-undang hudud ciptaan ahli fekah sebenarnya diciplak dari Bible..
Salamuun ya al-forumers,
Berikut saya patik kata kata dari [email protected], sila baca dan fahami kandungan, sekian terima kaseh;
Assalamualaikum....
Nasihat kepada anda yang selalu melihat hudud sebagai musuh, cari lah guru yang
murshid dan belajar ilmunya sampai habis sebelum nak kritik.
Dalam Islam , jika sesuatu itu telah diputuskan oleh jumhur ulama yang
berlandaskan dalil quran & hadis , maka jangan lah pandai-pandai nak guna
dalil aqli...fahammm.
Hadith mengenai kisah Muaz bin Jabal sangat jelas tentang perakuan nabi s.a.w.
berhubung penggunaan Qias, sabdanya yang bermaksud, "Bahawasanya Rasulullah
s.a.w. telah mengutus Muaz ke Yaman, Ialu Baginda bertanya: Bagaimana engkau
hendak menghukum? Ia menjawab, aku menghukum berdasarkan kitab Allah (al-Quran).
Baginda bersabda, sekiranya tidak terdapat di dalam kitab Allah. Ia menjawab;
menghukum berdasarkan Sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya lagi; sekiranya
tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah, la menjawab; aku berijtihad dengan
fikiranku. Baginda pun bersabda; Alhamdulillah (segala pujian bagi Allah) yang
telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah s.a.w." (Riwayat-Tirmidhi)
Katanya :
The question is why the orthodox wanted to uphold this law of chopping the
hands? Simple - they were the real enemies of Islam who wanted to destroy the
muslims.
Adakah Saidina Muaz b Jabal , Saidina Umar al Khatab , S.Ali & para sahabat yang
lain dikategorikan sebagai musuh Islam sebab mereka juga pernah meleksanakan
hukum hudud ???
Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka
disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka." (Al-Maidah:49)
Saudara,
Sebenarnya hukum dalam Islam bukannya bertujuan utk. menghukum secara membabi
buta, sebenarnya kaedah yang Allah tunjukkan kepada manusia
ialah "PENCEGAHAN" malah Allah janjikan perlindungan .
Tahukah saudara dalam keadaan tertentu orang yang mencuri tidak akan dikenakan
hukum potong tangan ?
Apa yang telah dibuktikan daripada pelaksanakan Umar juga ialah dia menghentikan
hudud pada tahun kebuluran kerana terdapat syubhah al-hajah (alasan kelaparan
pada zaman Khalifah Umar).
Para sahabat termasuk fuqaha dan ilmuwan bersetuju dengan Umar. Persetujuan itu
dianggap sejenis ijma' (persepakatan) ulama kerana mereka tidak akan berdiam
diri ke atas kebatilan dan mereka tidak akan bersepakat ke atas kesesatan.
Ia tidak dianggap sebagai tergugur hudud ,kerana hudud dianggap tidak wajib
disebabkan tidak wujud rukun-rukun dan syarat-syaratnya.
Sama seperti itu ialah apa yang diriwayatkan bahawa Umar tidak melaksanakan
hudud ke dua orang hamba yang telah mencuri sesuatu daripada tuannya.
Kerana Umar menganggap mereka berdua tidak mencuri kecuali kerana kezaliman yang
dilakukan ke atas mereka oleh tuan mereka disebabkan tidak memberi secukupnya
kejahatan-kehajatan yang diperlu mereka.
Dengan itu tidak hairan jika Umar yang memahami suasana yang dihadapi mereka
berdua mengampun mereka dan mengancam tuan mereka bahawa dia akan memotong
tangannya jika kedua-dua hamba itu terpaksa mencuri sekali lagi.
Sesiapa membaca kitab-kitab fikah dia akan medapati banyak perkara disebut oleh
para ulama fikah dan dianggap keraguan yang mencegah pelaksanaan hudud.
Sesetengah perkara itu dianggap sebagai tuduhan dan dakwaan, tetapi para ulama
fikah menganggap hanya dengan wujud keraguan yang kecil menyebabkan tertuduh
terlepas daripada hudud.
Detail
Hukuman hudud kerana kesalahan sariqah (mencuri ) tidak boleh dikenakan dalam
keadaan yang berikut:
(a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab;
(b) apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan yang
dikendaki di bawh peruntukan-peruntukan Bahagian III;
(c) apabila pesalah itu bukan mukallaf;
(d) apabila tuanpunya harta yang dicuri itu tidak mengambil langkah yang cukup
untuk menjaga harta itu daripada kena curi, memandangkan kepada keadaan harta
itu dan tempat ia disimpan atau ditinggalkan;
(e) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya terhadap harta
yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai jagaan dan milikan ke
atas harta tersebut;
(f) apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidak bernilai
dan boleh didapati dengan banyaknya merata-rata tempat ataupun daripada jenis
harta yang sudah musnah;
(g) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut hukum
syarak seperti minuman yang memabukkan atau alat-alat hiburan;
(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oelh pemberi hutang ke atas harta
orang yang berhutang dengannya yang enggan membayar hutang itu;
Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuri itu tidak melebihi jumlah hutang
atau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi tidak melebihi
nisab.
(i) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak, seperti
perang, kelaparan, penyakit dan bencana alam;
(j) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri daripada
suaminya dan sebaliknya atau anak mencuri daripada bapanya atau sebaliknya;
(k) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang mana bahagian
yang diperolehi oleh tiap-tiap seorang daripada pesalah itu setelah dibahagikan
harta yang dicuri atau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada nisab.
(l) apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelum hukuman
hudud dilaksanakan;
(m) apabila tuan punya harta yang dicuri itutidak mengaku bahawa hartanya telah
dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat iqrar mencurinya;
(n) apabila pesalah itu membuat bantahan yang boleh diterima oleh hukum syarak
terhadap saksi-saksi; dan
(o) apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahan itu
dilakukan mengikut hukum syarak tida ada hukuman hudud yang boleh dikenakan ke
atasnya.
Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud
merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan
ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan
dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam
Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk
dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.
Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman
moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu
jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa,
haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan
secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.
Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam
pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam
solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan
saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah
mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu
dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar
dan tidak benar.
Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka
apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah
juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di
kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan
digelar ekstrimis Islam belaka.
Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya
yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara
keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa
mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari
keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan
hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan
mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh
golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka
menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman
dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh
disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.
Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud,
jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan
hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai
orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan
suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil
peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk
menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang
mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat
pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka,
adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang
yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan
undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir,
Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari
perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.
Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat
lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau
pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan
yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya
telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.
Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak
mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa
masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan
Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan
berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti
yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian
psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai
bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini
juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan
kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah)
dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan
ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any
shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas
oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud,
hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.
Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar
dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu
yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan
keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang,
sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya,
barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya
sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah
dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4
orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat
dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah
salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa
anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah
peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes
ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati
kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang
Takzir.
Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang
undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah
dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan
andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah
Syariah tidak sepatutnya berlaku.
Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang
ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, "
Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua
pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman
negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar
jenayah dan kerosakan akhlak."
Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand
alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut
peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan
beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi),
ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh
penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan
terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti
rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu
boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.
Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan
peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan
hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak
Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin
ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat
pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas),
beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal
dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah
itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris
mangsa.
Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri
pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan
Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang
Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman
yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi
menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari'ah
adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar
keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.
Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam
kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama
wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap
pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada
pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim,
menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita
kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian
beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut
diterima di dalam perbicaraan itu.
Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana
terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu
mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang
merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur
sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya.
Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh
mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau
adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan
kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat
beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang
terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika
sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat
keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.
Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud
merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani
persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi
masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem
perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang
adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah
digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata.
Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental,
perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa
menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan
berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut.
Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah
Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar
untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya
telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun
sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah
Othmaniah pada tahun 1924.
Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah
dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum
syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai
kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat
bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak
beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam
Astaghfirullah....kenyataan cni tetbe buat sy pn terfikir semula ttg hukum hudud...bleh menyimpangkan akidah..bila fikir2 balik tentang kesahihannye, bru teringat ttg hukum pencuri, penzina dan minum arak sume tu dr hukum hudud...n sume tu mmg dlm ayat quran...sbb tu kalu nk bercakap sal agama, kene bebetul tau, kalu x, berdosa je kuar fatwa sendiri...
Memang tak ada pun apa yang dikatakan sebagai undang-undang hudud tu dalam Quran. Kebanyakan undang-undang hudud ciptaan ahli fekah sebenarnya diciplak dari Bible..
cilijeruk Post at 1-3-2012 09:09
Memang tuduhan liar!
Surah An-Nisa, ayat 12 menjelaskan HUDUD (batas-batas) dari Allah berkaitan Hukum Faraa'idh, seterusnya ayat 13:
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Hukum-hukum) itu adalah HUDUD (batas-batas) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya dimasukkan oleh-Nya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah kemenangan yang besar (An-Nisa, 13)
Hukum Hudud itu termasuk:
1. ada yang disebut dalam Al-Quran (Ketetapan Allah menerusi Kalam-Nya),
2. ada yang diketahui dari Sunnah/Hadith (Ketetapan Allah menerusi Rasul-Nya).
Sebelum bincang nak sokong atau bangkang, kena faham apa itu HUDUD? Terutama dalam konteks yang mana-mana perbincangan/forum, sebab tanpa menjelaskan, tentu salah faham berlaku!
....Barangsiapa taat kepada (1) Allah dan (2) Rasul-Nya, nescaya dimasukkan oleh-Nya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah kemenangan yang besar
16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh membuat keadilan, dan berbuat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.
Perkataan Hudud dalam Quran di sebut sebanyak 14 kali
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.
2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.
Astaghfirullah....kenyataan cni tetbe buat sy pn terfikir semula ttg hukum hudud...bleh menyimpangkan akidah..bila fikir2 balik tentang kesahihannye, bru teringat ttg hukum pencuri, penzina dan minum arak sume tu dr hukum hudud...n sume tu mmg dlm ayat quran...sbb tu kalu nk bercakap sal agama, kene bebetul tau, kalu x, berdosa je kuar fatwa sendiri...
saljuputih Post at 1-3-2012 13:51
Kena hati-hati sikit,
1. Saya setuju betul antara hukuman kesalahan tu termasuk dalam hukum Hudud
2. Tapi betul kah semua Hukum tu tertulis dalam Al-Quran?
Bukan apa, banyak salah faham tentang hudud sebab kita sendiri tak berapa pasti asal hukum itu, justeru pihak yang menentang boleh 'quote' kata: tak ada dalam Al-Quran!
4:13. Itu adalah had-had (hudud) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
#Ayat ini berkaitan hukum warisan, sila rujuk 4:11 & 12
4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli had-had-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.
Kena hati-hati sikit,
1. Saya setuju betul antara hukuman kesalahan tu termasuk dalam hukum Hud ...
mnm77 Post at 1-3-2012 16:55
Ade lah....sy hafal ayat tersebut...tp sy x ingat...seingat sy, sy blaja dlm subjek feqah.....xtau cne nk taip jawin, tp ayat die berbunyi mcm ni...sepotong dr ayat tu la...
Assariqu wassaqatu faqtho'u aidiyahum.... x ingat sgt....tp maksudnye, pencuri lelaki dan pencuri pmpn, maka potonglah tgn mereka....
pastu yg sal penzina tu, kalu dh kawin, kene rejam sampai mati, tp kalau blum kawin, kene sebat 100 kali kalu x silap...
hukum islam ade hudud, qisas.... byk la, cuma sy x ingat...tp lebih bek tnye pd penghafaz al-quran... wallauhua'lam...
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.