CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13445|Reply: 15

Sauna dan mandi stim di gym

[Copy link]
Post time 1-4-2012 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Lately, aku dah start pegi gym untuk tambah stamina dan bentukkan badan. Bagi fit skit. Heheh.. Disamping gym, kawan aku suka sangat mengajak lepak dalam sauna dan stim. Aku pun start suka sebab aku rasa fresh. Aku start study le pasal kebaikan dan keburukan sauna ni. Ada gak le beberapa keburukan yg wat aku cuak antaranya duk sauna and stim ni boleh memindahkan penyakit. For example kalau seseorang tu demam dan seumpamanya.
Pada pendapat kawan2 yang biasa sauna dan stim ni... what do you think??? penah ada sebarang isu tak sebelum ni.. Aku memang nak jaga penampilan skang ni. usia makin meningkat, kesihatan pun kena jaga..

TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 10:40 AM | Show all posts
hmm betul tu..steam room blh pindahkan penyakit... contoh demam flu etc... kalu nak elok, p dry sauna... yg aku tak suke, kat subang jaya, aku browse la kursani... tapi dalam steam room tu byk plak tgn menjalar2... gay rupenyer dalam tu...blah aaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2012 11:52 PM | Show all posts

Sauna dan mandi stim di gym

Hahah.. So pegi lagi tak Kursani tu? Ko hot sangat kot tu banyak pokok menjalar tu.

Kalo ko ske, jom ar join fitness first kat Empire. Lebih selamat sbb tmpt tu exclusive skit.

Aku dapat rasa parut jerawat aku cepat je ilang. Makin ari makin nipis. Tiap kali gi gym aku akan masuk sauna and steam. Adakah itu kesannya.. Kulit jadi lawa....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 11:23 AM | Show all posts
Reply 3# armlofi


   wahahah..hot ke aku?? hot2 chic shit la nak kuruskan badan...tp... erm...ada gym empire tu call byk kali... aku tak tau sape kasik no aku kat dorang.tp still takde mase beb...ofice aku dekat je.. ko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 04:34 PM | Show all posts
oho.. rumah ko dekat ke ngan Empire? Pe lagi.. terjah le beb. Aku mmg dah join dah situ. Ok la, so far aku puas hati sebab fasiliti dia mmg bagus. Trainer pun friendly. Rumah aku pun dekat about 5km jek.. Hehehe..

Skang ni aku mmg pulun gi sana, walau sesibuk mana aku tetap curik mase. Aku bajet seminggu atleast tiga kali aku nak singgah sana. Aku paling suka bla dah work out, masuk sauna and steam. Rasa macam terhapus dosa-dosa kecik.. ops.. noda-noda kecik yang ada kat body aku nih. Kulit muka pun nampak bersih jek..

Hope le ni kesan sauna and gym...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:53 PM | Show all posts
Bersauna boleh, tapi jgn terlalu kerap. Tak bagus utk kesihatan lelaki sejagat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2012 08:36 AM | Show all posts
ooo camtu ek...rumah aku kat cheras. tp mmg otw kene lalu jugak la kat situ dari office... brapa sebulan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 09:44 PM | Show all posts
Reply 1# armlofi


   sedara, bukan ke mandi sauna ni tak berapa baik utk kesuburan orang lelaki??becoz kalau tahap kepanasan melebihi 35celcius boleh menyebabkan problem production kilang sperma...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2012 09:47 PM | Show all posts
ni artikel berkaitan mandi sauna......

SAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa.

Ada yang menjadikan sauna sebagai lokasi rawatan alternatif untuk mengurangkan berat badan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Malah, kulit lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah selsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.

Jelasnya ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini, suhu tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit membesar dan tekanan darah akan menurun secara mendadak.

Fenomena ini menyebabkan jumlah kandungan air berkurang akibat perpeluhan melampau. Pada satu peringkat, seseorang itu akan mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga menyebabkan pening dan pitam.

“Elak mandian sauna jika ada penyakit jantung koronari, penyakit lemah jantung dan injap jantung sempit,” nasihatnya.

Tambah Haizal lagi, simptom awal seperti kulit kelihatan kemerahan merupakan petanda pengaliran darah dalam badan berkurangan.

“Ini kerana pengaliran darah di kulit meningkat sebanyak 70 peratus daripada jumlah pengeluaran darah jantung,” ujarnya yang menyarankan individu penghidap komplikasi jantung berbincang dengan pakar sebelum bersauna.

Menurut pakar perunding masalah kulit dan dermatologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Steven Chow pula, pengguna sauna yang mempunyai masalah kulit perlu mengelak daripada menggunakan kemudahan sauna.

Radang

“Kulit manusia tidak mempunyai kefungsian suhu dan perpeluhan yang normal, akibatnya tindak balas individu akan berbeza-beza,” katanya yang menyatakan pesakit masalah kulit akan mengalami sensasi seumpama terbakar apabila bersauna.

Kulit juga akan menjadi kekeringan, menggelupas dan kurang selesa kepada persekitaran biasa selepas aktiviti bersauna.

“Apabila suhu persekitaran badan meningkat, badan kita perlu menambahkan jumlah tenaga haba untuk dikeluarkan melalui pertambahan jumlah peredaran darah ke permukaan kulit badan,” jelasnya mengenai proses peningkatan peluh bertujuan menyejukkan badan.

Saranan Steven, pesakit yang mempunyai masalah kulit perlu memakai krim yang mempunyai kesan melembapkan bagi mengelak kerengsaan ketika bersauna.

Selain itu tegasnya, individu yang mempunyai masalah sama juga digalakkan agar mencari jalan alternatif lain untuk bersantai bagi tujuan terapi fizikal.

Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengakui mandian sauna berupaya melancarkan perjalanan darah di samping menyegarkan badan.

Kesuburan

Bagaimanapun katanya yang dihubungi Jurnal baru-baru ini, tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.

“Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.

Saranan Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.

“Jika pendedahan ini ketara dan untuk jangka masa lama, sudah tentu akan mengambil masa untuk kilang sperma pulih.

“Lebih baik elakkan mandian sauna sama sekali jika berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata,” nasihatnya kepada lelaki yang akan berkhawin dalam masa yang terdekat.

Ketua Pengarang penerbitan Harvard Men’s Health Watch di Universiti Perubatan Harvard, Dr. Harvey Simon berkata, masih kurang bukti sahih yang menyatakan bahawa mandian sauna boleh memberi faedah berpanjangan kepada kesihatan pengguna.

“Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.

Harvey juga menyarankan supaya pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.

“Individu yang mempunyai penyakit yang berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain perlu mandi menggunakan sauna peribadi,” saran persatuan tersebut selain tidak menggalakkan peminum alkohol menggunakan sauna.

credit to: kosmo online
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by Balbo_II at 12-4-2012 18:05
Lately, aku dah start pegi gym untuk tambah stamina dan bentukkan badan. Bagi fit skit. Heheh.. Disa ...
armlofi Post at 1-4-2012 15:27



    betul kata ko tu Ali Ismail...aku setuju..tp setau aku ler,sauna xberapa elok gi so often....sebab ia blh merosakkan perintisdidik anak bangsa akan datang...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:58 PM | Show all posts
Reply  armlofi


   wahahah..hot ke aku?? hot2 chic shit la nak kuruskan badan...tp... erm...ada ...
masterplan Post at 5-4-2012 11:23



    ye rr...ko masuk dlm steam room,sure lee ko hot..panas tue dlm tue...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 06:18 PM | Show all posts
Reply 11# Balbo_II


   hot ooo..wkakakaka... sedap2 peluk saje.... :p
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 12:19 PM | Show all posts
ada member ajak gi sauna.....tapi aku takut sebab aku tau dia gay..kang macam2 leh berlaku dalam tuh...hohoho takot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:28 PM | Show all posts
ko tadah je la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:35 AM | Show all posts
kedah mana ada tempat?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 11:56 AM | Show all posts
Hai semua,

Minggu lepas aku jumpa iklan ni kat internet:

PERKHIDMATAN CUKAI PENDAPATAN SEKITAR SHAH ALAM 0132077844
Anda kena bayar CP38?
Anda tak tahu buat e-filing?
Hanya RM100.00 untuk satu tahun taksiran.

Aku memang kena bayar CP38 tu. Aduh banyak tu... Aku pun call orang ni. Dia buatkan CP38 aku dipanjangkan tempohnya. Oklah tu. Bolehlah pakai duit untuk buat beli barang2 dapur dulu sementara selesaikan cukai aku ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.105198 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list