CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5174|Reply: 33

Pokok DiTemui Hidup Di Dalam Paru Paru Manusia

[Copy link]
Post time 16-4-2012 02:54 PM | Show all posts |Read mode


IZHEVSK, Rusia – Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?


Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu
kerana batuk berdarah dan sakit dada.



Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

“Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.


“Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula,” kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

“Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya,” kata Sidorkin.


Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 03:37 PM | Show all posts
omak! ini benar2 menakutkan!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 03:43 PM | Show all posts
macam pernah tengok cerita macam ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 03:51 PM | Show all posts
dah lama dah citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 03:57 PM | Show all posts
ooemmgeee ari tu tertelan bijik limau sunkist
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 04:05 PM | Show all posts
dah pernah ade berita ni. lama dah. dari tahun lepas. tapi tak ingat thread yg mana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2012 04:14 PM | Show all posts
ayo...so skeri..bayangkan kalo pokok tu teruih membesar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 04:14 PM | Show all posts
ooemmgeee ari tu tertelan bijik limau sunkist
jonlabu Post at 16-4-2012 15:57


aku lagikla...tertelan telur katak!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 04:25 PM | Show all posts
Reply 5# jonlabu

abislah.. panas nie keluar dahan2 pokok dari mulut, hidung...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 04:38 PM | Show all posts
Betul dah pernah baca citer ni.  Apa pun kena hati2 le masa makan.  Kang tak pasal2 ada english garden pulak dalam badan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 05:52 PM | Show all posts
huhuuuu............... aku dah banyak kali telan biji tembikai... biji buah delima.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 06:37 PM | Show all posts
erghh, mcm mane pokok boleh tumbuh dlm badan plak ni?/
seremmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 07:07 PM | Show all posts
alamak aku tertelan biji sawi..aduhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 07:16 PM | Show all posts
mcm pernah baca la, tp di mana ya atau deejavu kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 07:39 PM | Show all posts
kecik-kecik dulu siyes takut kalau tertelan sebab percaya apa yang mak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 11:20 PM | Show all posts
kalo aku tertelan bijik tembikai, nnt buah tembikai tumbuhla dalam badan aku ek???
kalo bijik durian???erkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 12:24 PM | Show all posts
kalo aku tertelan bijik tembikai, nnt buah tembikai tumbuhla dalam badan aku ek???
kalo bijik duria ...
qislea Post at 16-4-2012 11:20 PM



   kalau bijik durian ... tumbuh pokok durian le... kih3... dah berbuah nanti panggil aku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:33 PM | Show all posts
Reply 17# GreenPurple


   nnt jenuhla nak meneluarkan durian pulak dari dalam badan...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 03:04 PM | Show all posts
alamak! scarynyer...takut pulak memikior sbb pernah tertelan bijik limau...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 04:52 PM | Show all posts
haih.....dah mcm2 jenis biji ditelan ni,nsb baik takde yg sangkut.huhu....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.077119 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list